December 7, 2024

Berbuka puasa di Rail Canteen, Sunway Nexis

Rail Canteen @Sunway Nexis.

Satu lagi pilihan yang ada apabila mencari tempat makan sedap dan best di Damansara untuk sesi berbuka berpuasa. Peminat kopi Kluang dan Malaysian Local Food, memang sangat direkemen untuk mencuba menu-menu terbaru di Rail Canteen sempena bulan Ramadhan ni.

Rail Canteen menyediakan ruang makan yang santai dan menarik. Sesuai sebagai port best bersama kawan atau famili. Di bahagian atas, ada juga ruang untuk diadakan function/event ie: Birthday Party.

 

Semalam, berpeluang berbuka puasa di Rail Canteen. Sempat gak ushar menu terbaru di sini. Alang-alang ke sini kan, meh le kita cuba menu yang nampak menarik kesemuanya ni…nyummy…

Sambil menunggu menu utama , jom kita berbuka puasa dengan Roti Bakar yang rangup di luar tapi lembut di dalam. Katanya, ini antara menu feveret orang Kluang.  Terbaik rasa ‘butter & kaya’ yang disapu di antara roti tu.

 

Tak cukup dengan roti bakar, kita cuba juga Bun Sambal Special (RM4.50) seakan-akan burger ni. Burger gak la kan, cuma di tengahnya adalah sambal special. Sekali ‘ngap’, pergh memang sedap giler sambal tu.

MENU PROMOSI DI BULAN RAMADHAN.

Set Nasi Briyani Ayam Masak Merah

 

Set Nasi Briyani Ayam Masak Merah ni didatangkan bersama puding, kurma dan air sirap. Sedap terutamanya ayam masak merah tu. Bagi aku, dengan portion sebegini, ni pun dah cukup untuk berbuka, tapi rugilah kalau tak cuba menu-menu lain kan.

 

Unik rasa Puding ni.

Set Nasi Lemak Goreng dengan Ayam Goreng

 

Set Nasi Lemak Goreng dengan Ayam Goreng ni juga didatangkan bersama puding, kurma dan Air Sirap. Korang yang belum pernah tahu macam mana rasa nasi lemak goreng ni, patut cuba menu ni. Sedap ok lebih-lebih lagi dimakan bersama ayam goreng rangup tu.

 

Selain daripada menu promosi Ramadhan, pengunjung boleh juga mencuba menu lain yang pastinya sedap-sedap.

 

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah dengan pilihan sambal special. Ini salah satu keunikan di Rail Canteen. Ada 5 lagi pilihan sambal yang boleh dipilih selain sambal biasa. Ada sambal udang, sambal ikan bilis, sambal kerang, sambal bawang dan juga sambal sotong. Setiap satu ada rasa yang unik, tidak terlalu pedas dan secukup rasa. Sambal-sambal ini juga sesuai dimakan bersama Mee Goreng atau Mee Hoon Siam. Memang terbaik boh!

 

Pengunjung yang tak nak makan nasi, boleh cuba Mee Hoon Siam Ayam Rendang. Boleh tambah sambal special Rail Canteen untuk rasa yang lebih ‘perghhhh’

 

Mee Kari pun ada di Rail Canteen.

 

Mee Rebus yang sedap. Kuahnya tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Memang sedap dan cukup rasa.

 

Dessert time. Takyah cakap la kalau korang boleh tahan dengan dessert comel-comel kat sini. Bukan takat comel, sedap lak tu.

 

Yang ni memang takkan jumpa kat luar. 3-layer Ice Cream-vanila+chocolate+kopi. Antara rasa yang unik ialah kopi ice-cream. Series skali lagi, memang takkan jumpa kat luar! Bahan yang digunakan ialah extract kopi original Kluang yang kaya dengan rasa kopi segar. Memang lain daripada yang lain.

So dah tahu kan nak makan kat mana nanti masa berbuka puasa bersama ofismate/famili?

Facebook : Rail Canteen.

Instagram: @railcanteen.

Alamat Rail Canteen: Unit D-GF-02, Sunway Nexis
Jalan PJU 5/1A, Petaling Jaya, Selangor
Contact: 012-395 3800
Operating Hours: 0800 – 2200 daily

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Berbuka puasa di Rail Canteen, Sunway Nexis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *