November 27, 2020

Bye-bye 2014. Hai-hai 2015.

Tak sampai sejam je lagi 2014 berbaki..

Alhamdulillah untuk kesempatan ini.

Kalau dingatkan balik, dikenangkan balik, tahun 2014 memang banyak kenangan yang kalau boleh tak nak dikenang, dilalui mahupun ditempuhi aku. To be positive, aku anggap kenangan pahit manis di tahun 2014 akan menjadi kenangan manis yang terselit hikmahnya selepas ini.

Ada cerita gembira, ada cerita duka, ada cerita menduga dan ada cerita tak terduga.

Tahun 2014,

  1. Setelah beberapa tahun kekal mencari sesuap nasi di company itu, aku mengambil keputusan berani untuk bertukar company ini. Aku letak jawatan dahulu, baru cari company baru. Keputusan berani bagi aku, sambil mencari, sambil belajar tubuh company. Alhamdulillah, aku berjaya mencari dalam masa yang singkat. In between, aku berjaya belajar untuk tubuh satu company + run it dengan cara yang berbeza.
  2. Tragedi MH370 memberi impak emosi dan juga rohani. Sebesar-besar ciptaan manusia, hilang tanpa dikesan hingga ke hari ini. Ikut logik akal, memang tak tercapai, tapi kuasa Dia, tiada siapa dapat menyangkal.
  3. Julai 2014, saat pemergian ayah memang saat yang di’takuti’. Terasa diri tak pernah puas berkasih-sayang, terasa masih keanak-anakan tanpa bimbingan dan panduan dalam hidup daripada ayah. Pemergian ayah secara mengejut akan menjadi detik hitam sehingga aku pergi. Al-fatihah, semoga roh ayah tenang disamping orang-orang beriman di alam sana. Sebagai anak sulung, aku terpaksa kuat untuk menguatkan semangat umi&adik-adik, bukan mudah tapi alhamdulillah hari ini mereka semakin kuat.
  4. Sekali lagi tragedi MH17, mencampakkan satu emosi yang tak terduga keada rakyat Malaysia, termasuk aku. Kisah sebuah pesawat komersial ditembak jatuh, akan kekal bersemadi di ingatan kita semua. Berat mata memandang, berat lagi bahu sanak-saudara mangsa-mangsa MH17 yang terpaksa menanggung semua kenangan ini.
  5. November 2014, selepas 4 bulan pemergian ayah, isteri tersayang disahkan mengandung anak kedua kami. Aku anggap ini pengganti sebuah kehilangan, anugerah yang tak ternilai daripada-Nya. Juga satu hikmah. Lagi menyentuh hati, ETD (anggaran tarikh kelahiran) baby nanti jatuh pada hari yang sama, setahun selepas pemergian ayah, 12 Julai 2015. InsyaAllah..pregnany
  6. Disember 2014 – sekali lagi negara dikejutkan dengan tragedi banjir besar di beberapa buah negeri Malaysia, terutama negeri Kelantan. Kritikal. Tak pernah terbayang, air bah melimpah setinggi bangunan 3 tingkat. Alhamdulillah, rakyat Malaysia sangat prihatin. Natijah daripada tragedi ni, masa nilah baru tahu ada yang sanggup datang dari jauh, berpenat lelah semata-mata mahu membantu mangsa-mangsa banjir yang kehilangan hampir 100% harta duniawi.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “Bye-bye 2014. Hai-hai 2015.

  1. Assalamualaikum….

    Tahniah dan takziah… sesungguhnya perancangan Allah itu hebat dari apa yang kita sangkakan.. 🙂

  2. Tahun 2014…banyak kenangan manis dan banyak kenangan pahit untuk diterima rakyat Malaysia yang melibatkan kejadian MH370, MH17…banjir terdahsyat pernah terjadi…harap semuanya akan cepat pulih seperti sedia kala…

  3. Salam

    SELAMAT TAHUN BARU 2015

    Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua… amin…

Leave a Reply to Najib Ariyan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *