March 29, 2024

Banjir 2014

Alhamdulillah, selepas 12 jam perjalanan dari Besut ke KL, melalui jalan alternatif yang dicadangkan, selamat sampai di rumah semalam. Pertama kali lalu jalan dalam ke KL, dari LPT exit Gambang, menghala ke Mudzam Shah, lalu Bandar Tun Razak ke Bandar Seri Jempol, then masuk Kuala Pilah ke Seremban sebelum ke highway Elite.

Memang memenatkan dan perlukan kesabaran yang tinggi, tapi kalau difikirkan dengan nasib mangsa banjir, apa la sangat ujian ni kan…

Mungkin ada yang sedikit pun tak terkesan dengan apa yang berlau, itu hak dia, itu cara dia..tapi cuba bayangkan, kalau ‘anda’ di tempat mereka. Pejam mata, bayangkan…

‘Tidurlah sayang’.

Mama tahu kamu sejuk dan penat,
Kerana itu mama peluk kamu erat.

Mama tahu kamu merayu disuapkan,
Tetapi hanya dedaun yang mampu mama lumatkan.

Seperti kamu yang mengharapkan secebis makanan,
Mama juga berharap ada yang meluruhkan bantuan dari balik awan.

Hina rupanya kita di mata orang,
Sejuk dan basah bersendirian.
Tiada bekalan dan bantuan,
Seolah daerah ini daerah perang.

Rupanya begitu sekali negeri ini disisihkan,
Sehingga nyawa dianggap mainan dek kotornya partisan.

Darurat barangkali terlalu ‘keramat’ untuk diwartakan,
Walau negeri sudah menjadi kubur tidak bernisan.

Sabarlah sayang,
Simpanlah airmatamu ini untuk Tuhan.
Selepas ini tidak ada lagi kelaparan, dan mengigil sejuknya di bawah rintik hujan.

‘Tidurlah’ sayang,
Dan selamat jalan.
Tunggu mama di syurga.

(Nukilan seorang ibu yang kematian bayinya d Bukit Manjor, Kuala Krai ketika bertahan di atas bukit tanpa bantuan)

Sumber gambar: Facebook(by random)

Note: kalau sedikit pun tiada terdetik rasa simpati, better check balik hati..semoga mangsa-mangsa banjir terus tabah dan teruskan perjuangan hidup.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Banjir 2014

  1. Sayu…luluh hati baca puisi itu…tp betul…kenapa susah sangat nak wartakan darurat…SA membantu ikut kemampuan…alhamdulillah sumbangan telah berjaya di hantar…kepada mereka yang memerlukan…si keyboard warrior…sekarang nasib mereka…x mustahil suatu hari nanti nasib kamu pula…

  2. Memang agak terkesan juga dugaan banjir kali ini…. kita pun sama-samalah berikan sumbangan yang termampu….sebab andainya kita pernah merasai situasi yang amat perlukan bantuan sewaktu dapat musibah tapi kita akan usaha juga hulurkan bantuan wang , tenaga dan masa……

  3. salam

    sedih dan sayu nannie membacanya
    tak sangka sanggup tak nak “darurat” sedangkan dulu jerebu boleh pula

    entah berapa lagi jumlah kematian.. tak sanggup melihat dan mendengar

  4. Semoga mangsa-mangsa banjir terus tabah menghadapi dugaan yang sangat hebat ini.

    Tidak mampu bayangkan jika saya yang berada di tempat mereka. Dalam sekelip mata , hilang segalanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *