Masa ke Segamat untuk majlis pertunangan pakcik Dayyan, sempat singgah di rumah mak sedara Puan Nunu. Sebelum bertolak balik, makcik ani ada sediakan burger yang dimasak sendiri oleh sepupu Puan Nunu, Kak Lala. Since perut aku pun masih penuh, kalau nasi memang takleh nak masuk dah. Burger boleh lagi la kan.
Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!
Ada burger ayam dan daging + naget. Feveret aku untuk snack time ni. Kak Lala ni berniaga kedai makan kat area stesen bas Segamat. Bisnes burger ni, kalau kena dengan caranya, memang boleh menjana pendapatan lumayan. Daging dimasak sempurna, roti burger yang dimasak garing, ditambah lak dengan campuran sos+mayonis dan juga sayur-sayuran yang mencukupi, pasti ramai yang akan repeat order.
Aku pasti, even berniaga di bandar kecil pun, bisnes burger ni mampu menjana pendapatan lumayan. Dalam pada perut masih kenyang, aku terpaksa makan burger ayam & burger daging sebab sedap sangat ok.
Teringat aku dengan sorang brada arkitek masa aku menyewa di Apartment TTDI Jaya, Shah Alam tahun 2005. Even mempunyai karier yang terjamin di siang hari, di sebelah malam, dia tetap run bisnes burger di depan pintu masuk apartmen. Setiap malam memang ramai customer. Masa borak-borak, katanya dengan bisnes burger dia tu, mampu mendapat pendapatan tambah RM4000, untung bersih setiap bulan..siapa sangkakan…
Yang penting, jangan malu untuk berniaga, even apa jenis perniagaan pun, janji ianya halal dan diberkati. Betul tak?
kalau malu berniaga rugi la…sampai bila nak malu…
biz burger tempat nak kena strategik kan…yg kat kawasan kilang lagi best…kat area PPRT ke…kan?
tambah plak kalau meniaga kat area student..fuh..best tu..tapi kena la sedap burgernya..tak sedap payah le
Bisnes burger adalah antara pilihan ramai untuk tambah pendapatan selain bisnes nasi lemak….
betul tu..aku kalau ada masa, tingin gk nk bkk gerai burger ni hehe
Perniagaan burger memang boleh untung. Nak nak kalau jual dekat asrama pelajar universiti atau pelajar kolej. Memang kebabom la perniagaan tu.
pergh tu lokasi strategik kot. konfem laku keras la kan.nak nak dpt lubang jual kat hostel malam2 tu
Mak aii sampai 4k ke.
Banyak nye.
Ramai customer tetap dah tue kot.
Burger memang sentiasa orang makan sebab tidak terlalu berat tp mengenyangkan jugak.
tengok gambar burger pun dah menyelerakan..sape yang buat bisnes burger memang thorbaiklah…
fuhh..
dulu masa tolong kawan niaga burger..memang lumayan gak hasilnya.
hoho..
Sedap gak time2 camni pekena burger.. 🙂
Sedap gak time2 camni pekena burger…
In Shaa Allah bisnes apa pun kalau bersungguh akan berjaya akhirnya.
Betul tu.. yg penting niat itu betul & jana pendapatan yg halal. InsyaAllah ada berkatnya.. 🙂
Bisnes memang bagus.ye lah 9/10 punca pendapatan datang dari bisnes. Ramai sekarang buat part time bisnes termasuk saya juga
Bisnes burger, kalau kena gaya memang jana duit. Kwna pandai tahu mana nak cari supplier bahan yang murah dan juga spot2 bagus tempat org bertumpu. Janji masyuk!
Yang penting kena ada lesen. Nanti Ahmad Maslan kata peniaga haram…
aku rasa burger ni antara bisnes makanan yang sentiasa ada permintaan