March 28, 2024

Tumbuk ‘photographer’.

Semalam, telah selamat tiba kumpulan ke-3 jenazah mangsa MH17 dari Belanda. Dan kali ke-3 juga diadakan istiadat rasmi menyambut ‘kepulangan’ mereka dan negara sekali lagi turut berkabung sebagai tanda sedih dan simpati kepada keluarga mangsa.

Well..walaupun bukan ahli keluarga tapi siapa tak sedih bila melibatkan keluarga 1 Malaysia.

Dalam kesedihan, tetiba berlegar lak isu seorang jurugambar media rasmi ditumbuk oleh ‘Next of Kin’ salah seorang mangsa MH17 semalam. Bukan takat ‘pecah’ muka brada tu, peralatan cari makannya turut terkena tempias. Dalam isu ni, ramai bersimpati termasuk aku.

Benda boleh dibawa berbincang tanpa perlu menggunakan kekerasan. Mungkin brada photog tu tak terdengar larangan oleh ahli famili supaya tidak diambil gambar mereka. Kalau iye pun, boleh ditegur secara baik. Brada photog tu pun manusia biasa, yang hanya menjalankan tanggungjawabnya. Tipulah cakap kalau dia tak rasa sedih dengan keadaan sekeliling. Mungkin ada yang tak tahu, ada photog yang cover tragedi MH17 mahupun MH370 yang menitis air mata sambil jari-jemari tekan shutter kamera. Mereka menyelami perasaan subjek fokus mereka. Mereka turut merasai sendiri apa yang keluarga mangsa rasa. Trust me.

Even aku bukan jurugambar media yang cover kisah MH17 ni, tapi aku faham apa yang mereka rasa.

Hobi aku merakam saat manis detik ijabkabul pasangan pengantin baru mampu membuatkan aku menyelami detik rasa seorang jurugambar ketika berada dalam satu-satu situasi. Setiap detik lafaz ijabkabul disahkan, pasti aku akan rasa sebak kegembiraan seperti mana rasa seorang lelaki yang baru sahaja rasmi bergelar seorang suami.

Kepada keluarga 1 Malaysia, apa salahnya kita menghormati dan treat orang di sekeliling kita sebagai mereka yang patut disanjungi atas usaha mereka?

JMR || Sg.Udang,Melaka

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Tumbuk ‘photographer’.

  1. Mak tak sempat nak tangkap citer ni..tau2 je ada post psl jurugambo kena tumbuk je. Tp tatau ujung pangkal kesah.

Leave a Reply to mohdridzwan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *