September 26, 2020

Kena block dengan Maybank2U

 Maybank2U kena blocked sebab fail jawab Challenge Question..dia tanya tempat gua kahwin dulu, gua jawab ‘Port Klang’ tapi SALAH..tiga kali gua jawab, sumer SALAH..eh ke gua ada kawen tempat lain ni?? 

**Note: Nak kena kontek sapa ni?

 

Itu status fesbuk aku dua hari lepas. Aku update akibat ‘tensen’. Tensen sebab aku nak buat transaksi GIRO Interbank Transfer berjumlah RM2500 ke akaun CIMB, tetapi kena block sebab aku gagal menjawab so called ‘Challenge Question’. Then, bila aku try to call custome service yang diberi, mesin yang jawab dengan beberapa options khidmat pelanggan yang aku tak faham. Bila aku pilih option Maybank2U, dimintanya access no & T-pin. Apa tu sumer? 3,4 kali aku try, semua sama. Habis sejam masa rehat aku di hotel. Aku tinggalkan isu ni sebab kena sambung kerja di loji penapisan minyak, milik Petronas Penapisan Melaka SB.

No wonder, ada jenis orang yang suka update fesbuk bila facing some problem yang memerlukan jawapan dan pandangan daripada orang lain. Aku dapat jawapan. Tindakan aku call customer service Maybank 1-300-88 6688 adalah betul. Just aku perlu tunggu lebih masa sehingga selesai sumer option sebelum disambungkan kepada operator. Dari situ, hanya perlu ikut arahan selanjutnya sebelum sekatan akses ke Maybank2U dibuka.

Btw, sebenarnya aku tak call pun lagi customer service tu. Takde masa lagi. Tapi itulah yang dikongsi oleh rakan fesbuk aku..hehehe..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Kena block dengan Maybank2U

  1. pernah kena dan sekarang juga sedang mengalami masalah yg sama
    lagi parah, akaun yg sedang diuruskan adalah akaun suami
    nak kena dia sendiri call maybank
    dia nun duduk dalam hutan kat Hulu Terengganu , talian untuk dihubungi yang amat payah
    pelik pula sebab masukkan nama mak boleh salah

  2. payah juga kalau lupa password n soalan yg ditanya (patut kita tau jawapannya).

    Gua rasa Maybank ok lagi kot. boleh call customer service.

    ada bank lain yg kita kena pegi balik bank. jumpa yg bertugas kat customer service..kena citw balik satu persatu. pastu.. baru dpt password atau akses ke akaun

  3. Ena pun pernah kena macam ni. Menggelabah juga dibuatnya. Sebaik ada jalan penyelesaian dengan call customer services. Yeahhhh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *