Nak tahu kenapa syarikat Oil & Gas atau bisnes2 lain banyak buang pekerja? Job kurang?
Anda perlu faham dua perkara ni, sebab bisnes perlukan duit untuk bergerak.
Dalam apa-apa bisnes memang takkan lari dari dua perkara ni iaitu Capital Expenditures a.k.a CAPEX dan Operational Expenditures a.k.a OPEX .
CAPEX adalah bila mula-mula kita nak start bisnes atau projek, biasa orang sebut modal permulaan. Tujuan perbelanjaan CAPEX adalah untuk dapatkan aset yang memberi pulangan keuntungan atau manfaat jangka panjang pada bisnes.
Aset secara mudahnya benda yang masukkan duit dalam poket kita… Masyukkk..
Liabiliti secara mudahnya benda yang mengeluarkan duit dari poket kita…Tak masyukkk..
CAPEX adalah pembelian sekali harung pemilikan dan peralatan yang diperlukan untuk jalankan bisnes.
Contoh perbelanjaan CAPEX adalah beli atau bayar deposit sewa pejabat, beli peralatan, kenderaan, komputer dan lain-lain yang diperlukan untuk memulakan bisnes.
Contoh untuk syarikat Oil & Gas, CAPEX adalah untuk exploration, pasang platform, pasang peralatan, mesin, drilling, well Completion dan utilities.
OPEX pula adalah ketika bisnes kita sedang beroperasi, atau nak senang faham kos operasi. Iaitu sebagai perbelanjaan harian atau bulanan bisnes. Contohnya gaji pekerja- sewa pejabat- bil api, bil air, bil tenet- kos selenggara mesin atau peralatan- dan lain2 lagi kos operasi.
Contoh untuk syarikat Oil & Gas, OPEX adalah untuk untuk bayar gaji pekerja, ada dibayar bulanan, ada dibayar harian, kos maintenance, kos repair, sewa dan lain-lain.
Untuk lebih faham perbezaa Opex vs Capex, boleh tonton video di bawah ni
Inshaallah, harap-harap faham ye penerangan asas tentang CAPEX dan OPEX ni.
Terima untuk pencerahan ini. Now it is clearer. 🙂
Sama-sama bro..