March 28, 2024

Erti persahabatan seorang blogger.

7 tahun lepas, kalau sebut je ‘seorang blogger’, mesti terbayang yang orang tu just dok mengadap depan laptop/pc, update blog, publish & blogwalking di samping aktiviti harian lain. Paling kuat pun, dok chatting kat YM sesama group sendiri. Mereka menjadi akrab pun, hanya di alam cyber. Jarang jumpa atau berkumpul untuk sesuatu event atau perkara lain. ‘Face to face meeting’ memang perkara rare masa tu.

Itu dulu..zaman berubah, lifestyle seorang manusia pun berubah.

Aktiviti seorang blogger skang ni lebih santai dan meriah. Masyarakat dan syarikat kat luar sana pun makin sedar kewujudan dan pengaruh blogger yang boleh memberi keuntungan kepada mereka. Blogger sepenuh masa pun dah makin ramai apatah lagi yang separuh masa, cam aku.

Yang menjadi sahabat karib di alam blogging dan seterusnya menjadi sahabat karib di alam realitu pun ramai. Yang menjadi sahabat karib, kemudian sama-sama memeriahkan dunia blog pun ramai. Pendek kata, menjadi seorang blogger zaman sekarang, sangat menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti yang korang boleh buat. 

Aku tertarik dengan beberapa komuniti blogger yang menjadikan aktiviti blogging ni sebagai sebahagian hidup mereka. Blogger-blogger sebagai sahabat karib di alam maya dan juga sebenar. 

Trio Ida.Nadia.Nory. Pertama kali aku kenal diorang masa event LaserTag bersama Redmummy. Daripada situ, kitorang menjalinkan(klas giler ayat aku!) kerjasama untuk beberapa projek yang melibatkan blog. Sebenarnya ada dua tiga orang lagi geng mereka ni. Masing-masing ada blog yang hebat. Masing-masing support aktiviti each other, tak kira la kerja blog ke, kerja amal ke, atau lain-lain. Mereka happy-go-lucky sentiasa. Apa yang aku  nampak, diorang sangat ikhlas dalam persahabatan diorang, toleransi dan sangat matang dalam berkawan, even umur diorang sangat muda!

Oh ya, diorang dah berpunya. Dan husband diorang pun rapat; “Kita selamanya kawan'” ikrar mereka. hehe.. gambar-gambar ni semua aku shoot masa diorang try.acu.cuba.test homestay di Damansara Damai

Sempat gak aku lepak seharian dengan diorang untuk Nadia’s Baby Shower sambil merakam memori indah  persahabatan diorang ni.

 

 

 

 

Untuk korang, semoga persahabatan yang korang jalinkan ni akan kekal selamanya. Jadikan contoh persahabatan korang untuk mereka di luar sana. Dan semoga korang bahagia bersama keluarga masing-masing hingga ke syurga.

Peace yaww!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “Erti persahabatan seorang blogger.

  1. diorang ni memang 3 serangkai…gi mana2 jer mesti ada 3 sekali…seronok gak bergosip dgn diorg nih..

  2. Tersentuh hati…julia baca ni pun cam rasa bangga dapat berkawan ngan diorang…mmg dari dulu julia tgk diorang satu sama lain akrab…susah nak tgk geng blogger sekarang kamcing mcm ni…

  3. Bestkan dapat blogger camni. Suami isteri jadi kawan baik. InsyaAllah, tak lama lagi turn ena pula. Hikhikhik

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *