23 Julai lepas, genap usia Dayyan Harith 1 tahun 3 bulan. Makin hari makin menghiburkan hati kami sekeluarga. Sentiasa aktif menaikkan suasana dalam famili aku, terutamanya semasa pemergian ayah 2 minggu yang lepas. Telatah dan kerenahnya mampu memberi senyuman di wajah umi dan famili semasa seminggu berada di kampung.
Ada ketika, nampak Dayyan ni berbakat dalam melawak. Jalan terkedek-kedek dengan mulutnya asyik membebel. Kadang-kadang tersadung kaki kat karpet, pastu gelak sorang. Kadang menangis. Bila nak suruh mandi, digelengnya kepala. Bila tengah siap-siap hidang juadah berbuka, awal-awal dia dah dok bersila. Oh ye, dok bersila bermakna its ‘mamam’ time. Dan mulut memang petah menyebut ‘mamam’, ulang 30 kali.
Sekarang ni, Dayyan dah jarang tidur waktu siang. Asyik nak berjalan dan ajak main je. Paling tak tahan, sambil berjalan, tangan dok belakang, macam guru disiplin. Mulut berkata-kata dengan bahasa sanskrit. Bila ajak berborak, sekali-sekala dibalasnya dengan mimik muka pelbagai. Bila jumpa rakan seusia, kadang ramah, kadang tak layan.
Bila depan kamera, suruh senyum, dia sengih, sengih sampai tutup mata.
Semoga Ayyan terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh, yang sentiasa membahagiakan orang tua dan orang di sekelilingmu sayang.
Telatah anak2 ni la yg buat kita x senang duduk
Kat opis tu kan..nak balik cepat jer….
hee..mimik muka tu memang buat orang geram je tapi dalam sisi lain ianya boleh mengembirakan orang sekelilingnya…:D
okeh. ini memang nakal habis.
Semoga Dayyan menjadi anak yang soleh
“Semoga Ayyan terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh, yang sentiasa membahagiakan orang tua dan orang di sekelilingmu sayang” Ammmiinn,..
alala..comelnye dayyan buat muka camtu..:)
so kiut..dan itulah memori paling indah untuk dirakam lensa kamera
sampai macam tu sekali…heee. ada tokoh jadi cikgu disiplin tu…
Dateng sini buwat ngucapin Taqobalallahu minnaa wa minkum Shiyamanaa wa shiyamakum, Minal ‘Aidin Wal-Faizin Mohon Maaf Lahir Dan Batin, mungkin selama ini ada koment2 saya yg kurang berkenan disini…
Kih3.. Kecik2 dah peramah.
Dah besar jadi wakil keluarga ni