Dua minggu lepas, semasa ‘lawatan mingguan keluarga’ ke One Utama, berkesempatan menjamu selera di restoran terkenal Indonesia, Waroeng Iga One Utama. Suasana dan hiasan dalam tampak eksklusif dengan aksesori hiasan asli dari Indonesia. Pelanggan tidak terlalu ramai masa kami di sini, mungkin sebab jam dah pun 3 petang-late lunch.
Pelayan pelanggan adalah warga Indonesia, boleh tahu melalui dialek percakapan diorang. Servis cepat dan friendly diorang ni. Since ni kali pertama kami ke sini, diorang explain dengan lebih terperinci dua tiga menu yang aku tak pasti kandungannya.*thumbsup!
Lately ni, asyik ternampak update daripada Malay Food Blogger makan ribs. Dan bila aku ternampak ada menu ribs kat sini, terus aku pesan ‘Nasi Iga Cabe Ijo set‘. Set ni didatangkan dengan ribs /tulang rusuk lembu yang dimasak pedas lada hijau, tauhu&tempe goreng, timun tomato salad dan keropok import dari Indonesia. Sambal hijau, bunyi macam pedas giler kan tapi sebenarnya tidak terlalu pedas, ada pedas ada manisnya. Nice! Yang ni aku highly recommended!
Perkedel atau biasa kita eja, begedil. Kata appetizer bila aku tengok di menu. Tapi style aku, makan bersama dengan nasi pon sedap kan. Tak jauh beza dengan apa yang pernah aku makan di restoran lain.
Set ayam penyet pesanan puan isteri. Rasanya boleh tahan walaupun ayamnya kurang crispy dan kurang penyetnya. hehe..paling isteri suka tang sambalnya yang tidak terlampau pedas. So, dia boleh setelkan set ni hingga licin.
So far, daripada pengalaman pertama di Waroeng Iga One Utama ni, servis layanan, kebersihan dan rasa foodie, memang boleh dipuji. Cuma, bab harganya memang agak tinggi, mungkin faktor tempat yang mempengaruhi harga.
Kat Waroeng Iga One Utama ni, banyak lagi menu masakan Indonesia yang korang boleh cuba. Next time datang, aku nak cuba menu cabe ijo lain lak. Nak tahu lebih details, boleh ke Facebook Waroeng Iga : https://www.facebook.com/Waroeng.Iga .
Kesimpulan: Dayyan Harith suka tempat ni sebab siap ada bantal-bantal empuk. Bolehlah dia menyusu dengan lebih selesa..hehehe
Besar gak begedilnya …
macam menarik aje….
tgk begedil sgt teruja…mau cuba lepas blik kampung ni…
suasana tempat die pon nampak selesa… unik
Fuhhh, yummy2..meh belanja saya bro…
ada rezki lebih, boleh je bro..jom jom..hehe
sangat menyerakan. alas daun pisang tu paling teruja, aromannya tu terbaiklah.
pehh..ada ribs hijau tu. pehh..
lapar nih wehh..
Sedapnya.. mmng favourite nih.
amboi kemain dayyan disitu haha
Hmmm… Juadah makanan yang dihidangkan nampak begitu menyelerakan…. Kalau ada masa nanti boleh singgah makan dekat sini.. 😉
Nice…. tapi aku makan sekali je pun ribs tu…. nanti cubalah terjah port ribs tepi jalan rasa lima bintang – BOB REPUBLIC BURGER BAKAR