September 24, 2020

Anak demam campak.

Orang cakap sekarang ni musim budak kena demam campak. Ingatkan Dayyan terlepas daripada jadi mangsa demam campak. Elok je seminggu selepas ambil MMR injection untuk 1 tahun, Dayyan start selesema dan batuk-batuk. Dua tiga hari selepas tu, suhu badan mulai naik. Kadang-kadang suhu naik sampai 37/38C. Still bawa dia ke klinik untuk check selanjutnya dan consume ubat apa yang patut. Dalam masa yang sama, sentiasa lap kepala dan badan dia dengan tuala basah, risau suhu badannya overshoot lebih 40C.

Ada gak standby paracetamol 150g yang aku beli di farmasi. Paracetamol ni aku guna bila check suhu badan dah cecah 38C, ikut sukatan thermometer sendiri di ketiak Dayyan belah kiri dan kanan. Bagus paracetamol ni, boleh turunkan suhu in short time. Yela kan, baby ni berisiko terkena sawan bila suhu terlampau tinggi. Itu yang aku jaga.

Demam dalam dua tiga hari. Ingatkan dah kebah, sekali timbul merah-merah macam ruam di muka dan badan. Tapi masa tu, takde lak kat bahagian kaki. Balik je dari ofis, terus bawa Dayyan ke klinik Mediviron lain lak. Aku suspek Dayyan dah terkena campak, tapi doktor cakap bukan sebab tak timbul bintik-bintik air. Mungkin ruam katanya. Ok, aku percaya 50%. Masa ni, Dayyan dah menggaru sebab gatal. Nasib baik, ada Calamine losyen kat rumah, beli kat farmasi.

Esoknya, bila jiran tengok Dayyan, dia cakap ni memang demam campak berdasarkan simptom-simpton. Yela, orang tua penuh dengan pengalaman, dan aku yakin 100% kali ni, lagi pun memang aku caya 50% je kat doktor semalam tu. Untuk elak Dayyan terus menggaru sebab gatal, Tok Papanya carikan dia daun semambu untuk jadikan mandian. Daun semambu tu gak, jadi alas tidur Dayyan. Eh bukan direct. Dayyan tidur beralaskan kaun sutera dah di bawha kain sutera tu, ada daun semambu. Class ko bro.

Selama ada simptom demam campak di badan, Dayyan just pakai pampers je di siang hari. Malam pun tidur pakai baju lubang-lubang dan lengan pendek. Memang taknak bagi dia berpeluh sebab makin dia gatal bila berpeluh. Kat rumah tu, almost 24hrs pasang aircond kot. Dan Calamine losyen memang disapu untuk kurangkan rasa gatal.

Dari segi pemakanan, kitorang elakkan dia daripada makan makanan ‘gatal’ seperti ayam, telur, kicap, pendek kata, dia just minum susu dan makan bubur je..hehe..nasib baik dia jenis tak kisah, apa je disuap, dia buka mulut dan telan je. Air kelapa muda pun dah jadi minuman rasmi Dayyan setiap hari, series, sangat bagus untuk kurangkan demam campak selain dapat sejukkan badan dia.

 

Alhamdulillah, dalam masa tiga hari, demam campak dia surut. Tapi, suhu badannya meningkat macam nak demam balik. Kata orang-orang tua, mungkin tu tanda nak sembuh betul-betul atau ‘campak’nya belum keluar kesemua. Nasib baik tak lama, selepas dua hari, Dayyan kembali normal.

Lebih kurang tiga minggu gak Dayyan dalam keadaan tak selesa ni. Nasib baik, dia tetap aktif dan berselera makan sentiasa. Merengek pun sekejap-sekejap waktu malam, mungkin sebab tak selesa dengan kegatalan tu. Such a good boy. Harapnya Dayyan terus kuat dan sihat walafiat sentiasa..

 

Sebenarnya, masa minggu pertama Dayyan demam, kitorang plan untuk adakan majlis hari jadi untuknya. Tapi postpone sehinggalah dia betul-betul sembuh(selepas tiga minggu). Risau berjangkit kat budak-budak lain kan even ada yang cakap, demam campak tak berjangkit seperti chicken pox.

Alhamdulillah segalanya sudah berakhir..

Cuma yang menjadi persoalan aku, ada sesiapa boleh bagitau tak, apa signifikannya, ‘kalau anak demam campak, tidurkan dia atas kain sutera’ ? hehehe

Note:

Demam campak – measle

Cacar Air – Chicken Pox

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Anak demam campak.

  1. Pingback: Danish Demam Campak - The Daddy Blogger
  2. Pingback: Majlis Hari Jadi Dayyan Harith Turns 1 |
  3. Salam JMR

    Last week 3 anak saya kena measles….

    ya ALLAH…ujian sangat rasanya masa tu

    dengan menangis tak henti sebab gatal

    sorang dari mereka doktor kata bukan measles tapi kawasaki

    lagi panik sangat kami masa tu

    ALLAH je la tau

    tapi alhamdulillah skrg dah sihat

    bagi minum minyak kelapa dara degan nutriferon shaklee je

    alhamdulillah

    cepat sihat ye anak comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *