September 27, 2020

Masalah.

Hamba Allah mana yang tidak pernah ditimpa masalah?

Even orang nombor satu Malaysia a.k.a PM Dato Seri Najib Razak pun ada masalah sehingga memaksa beliau merombak barisan kabinet dengan kadar segera.

Setiap orang ada masalah. Bezanya, besar atau kecil masalah dan juga cara menyelesaikan masalah. Ada orang suka-suka cari masalah, ada orang tak sengaja mencari masalah. Ada orang tunduk dan terduduk dengan masalah, ada orang ‘steady’ dengan setiap masalah yang datang.

Percayalah, setiap masalah ada jalan penyelesaian, kecuali MATI.

Aku ada dengar satu tip cara berhadapan dengan masalah dalam hidup daripada seseorang.

Kiri kanan, atas bawah ada MASALAH. Dok sebelah orang berfikiran negatif, makin teruklah masalah tu. Dok sebelah orang berfikiran positif, insyaAllah MASALAH itu akan bagi ko PELUANG & RUANG untuk menjadi insan yang lebih baik.

Apa yang berlaku pun, paling penting, jangan ‘lari’ daripada masalah. Selesaikan ‘masalah’ itu dengan akal fikiran dan S.A.B.A.R..

Semoga kita semua diberi kekuatan dan jalan olehNya untuk mencari jawapan bagi setiap persoalan.

Enjoice!

Firman Allah SWT surah Al Baqarah, ayat 286 : “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Masalah.

  1. Pingback: RESIGN |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *