March 29, 2024

Hamleys One Utama – ‘fefeeling’ shopping toys di London dan tips membeli dengan bijak…

Hamleys One Utama merupakan rangkaian gedung permainan London cawangan Malaysia. Ni visit kali kedua Dayyan Harith. First time datang, tak pandai berdiri atau bertatih lagi, sekadar duduk sambil air liur meleleh sebab terliur sangat tengok bermacam-macam toys yang kalerful kat sini kot..

 

Trip kali ni dia dah pandai bertatih dan berjalan sambil pegang pa pe yang boleh support dia. Kalau dah boleh berlari, tak boleh nak imagine dia berlari pusing satu Hamleys ni sebab excited sangat dengan toys kat sini. Mahu berpeluk ketiak mengejar dia. Trip kali ni pun, agak berpeluh ketiak gak melayan dia, dengan mulutnya yang makin petah membebel just like his mom, Puan Nunu ..hahaha

 

Hamleys ni best sebab ada banyak toys yang kids boleh try luh. Kalau rasa sesuai boleh beli kalau rasa taknak, boleh letak balik. Dan kat sini, ada pelbagai jenama dan type of toys yang jarang ditemui kat kedai toys biasa. Fefeeling shopping toys kat London kan. Antara brand toys yang ada kat sini; Fisher Price, LEGO, LEaps Frog, Upin Ipin, Mega Bloks, Nikko dan banyak lagi la. Bapak Dayyan pun rambang mata gak sebenarnya.

 

Plan asal ke sini sebab nak cari birthday present untuk Dayyan Harith. Ada dua option, samaada laptop for kids Leap Frog atau LEGO. Dah survey masa first visit sebelum ni, memang dia teruja test laptop for kids tu. Tapi trip kali ni, dia wat dek je. So cancel laptop tu, kita ke LEGO section. Cari punya cari, takde lak LEGO untuk kid 1year. Kalau dah 2 year, baru banyak pilihan. So next section, kita ke Mega Blok. Menda alah ni lebih kurang macam LEGO, cuma block dia lebih besar. Dayyan nak sumbat dalam mulut pun konfem tak lepas ni. 

Ok, decide nak beli Mega Bloks yang 101 pieces untuk budak umur 1tahun-5tahun. RM129.90. Bajet 5 tahun boleh main nih..haha..tapi sebelum amik&bayar, teringat kat sebelah Hamleys ni ada Parkson. Moh le kite ke Parkson luh, cuci mata kasi puas hati luh. Dan…

..tak sia-sia kami ke Parkson untuk puaskan hati, sebab memang puas hati. Mega Bloks 101pcs yang sama, RM30 lebih murah harganya di Parkson. Pendek kata, aku just perlu bayar RM89.90 untuk item yang sama. Tanpa buang masa, terus grab Mega Bloks tu, dan terus bayar. Rasanya takkan dapat harga lagi murah kat lain tempat kot. Kalau ada, memang gua tak puas hati..hahahaha.. 

Kalau awal-awal aku dah bayar kat Hamleys, mesti rasa tak puas hati giler bila kedai sebelah jual lagi murah kan..Jadi, tips untuk kali ni, buat perbandingan harga sekurang-kurang dua kedai sebelum membuat keputusan untuk membayar. Membelilah dengan bijak..

**bangga giler sebab dapat save RM30. Noktah.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Hamleys One Utama – ‘fefeeling’ shopping toys di London dan tips membeli dengan bijak…

  1. Mujurlah tergerak hati nak survey kat parkson dulu..kalau tak mesti bengang je rasa..
    Tahniah bro sebab dapat save rm30..boleh beli susu atau pampers Dayyan Harith duit tu..

Leave a Reply to Mummy Dayyan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *