Bagi aku, hadiah terbaik untuk anak adalah ‘ilmu pengetahuan’ dan pengalaman. Jadi, sempena dengan minggu hari jadi Dayyan Harith, kami dah plan nak bawa dia ke Aquaria KLCC, untuk dia mendalami ilmu hidupan akuatik yang terdapat di bumi Allah ini. Aku perasan dia sukakan ‘fish’ selepas lawatan pendek ke Underwater World Langkawi tempoh hari.
Aku dah lupa kali ke berapa ke Aquaria KLCC. Tapi yang pasti, ini kali pertama Dayyan Harith ke aquarium terbesar di Malaysia ni.
Siapa yang dah pernah ke sini, pasti akan berjabat tangan dengan si penyambut tetamu Aquaria KLCC ni, si piranha di pintu masuk Aquaria. First first masuk akan jumpa diorang dulu. Takde la ganas sangat piranha ni, tenang je aku tengk diorang nih.
Yang best kat Aquaria ni, info untuk setiap hidupan disediakan dengan lengkap. Pendek kata, kalau hafal, konfem boleh lulus ujian dengan cemerlang.
Tiket masuk ke Aquaria ni terbahagi kepada dua kategori;
With MyKad / MyKi | Non MyKad / MyKid | |
ADULT | RM38 | RM50 |
CHILD (3-12 years old) | RM28 | RM40 |
SENIOR CITIZEN (60 years and above) |
RM28 | RM30 |
Untung la kan jadi rakyat Malaysia ni..:-p
Sepanjang walkaway dalam Aquaria ni, ada beberapa spot yang korang boleh buat photoshoot. Since kat sini very low light, dan tidak digalakkan menggunakan flash(ganggu hidupan), agak mencabar untuk mendapatkan gambar fizikal Dayyan Harith dengan keadaan sharp.
Aquaria KLCC ni, terbahagi ke beberapa bahagian mewakili bahagian-bahagian yang terbahagi di muka bumi ni. Ada area hutan Flooded Forest, ‘jewels of jungle’, The Coast, Oceanarium, The Stream etc.
Dayyan memang sukakan hidupan laut selain daripada kucing. Berpusing-pusing kiri kanan dia dok mengejar pergerakan ikan. Mungkin dia kagum sebab sesetengah ikan atau creature lain lebih besar daripada dia. Lagi kagum, ni pertama kali dia jumpa binatang seperti penyu, ikan yu, ikan yang kalerful dan ikan yang pelik rupanya.
Masa kat area ni, aku biarkan dia rapat ke cermin akuarium. Ada sekor ikan tu, asyik dk melintas depan Dayyan je. Memang nampak Dayyan geram, nak sentuh ikan tu tak dapat. Last-last dia cuba panjat nak masukkan tangan dalam air tu. Tu dah maksimum takleh tahan geram ngan ikan comel tu la kan.
Satu lagi muka kagum, bila lalu terowong dasar laut di area Oceanarium. Bukan takat hidupan laut yang jauh lebih besar dari dia, tapi lagi kagum dia tengok ikan yu yang bapak besar daripada bapak dia ni ha..hahaha..Aku dan Puan Nunu memang puas hati dapat tengok muka excited dia. Dah masuk usia setahun ni, memang ketara nampak sel-sel otaknya bergabung dengan maju jaya. Alhamdulillah.
Mulut Dayyan masa ni memang takleh senyap. Ada je bunyi dia. Ni belum boleh bercakap lagi. Kalau dah boleh, tak tahu la macam mana aku nak menjawap macam-macam soalan dia. Maklumlah soalan budak-budak kan. Konfem menguji tahap kesabaran..hehehe…
Antara aktiviti yang menarik yang korang perlu tahu ialah ‘feeding time’ untuk penghuni di Aquaria KLCC ni. Masa kitorang pergi, agak lari daripada masa makan binatang-binatang ni. Feeding time boleh check kat website Aquaria KLCC. Nasib baik, sebelum keluar sempat gak tengok staff Aquaria bagi makan kat satu akuarium nih. Tengk gambar belut tu, mula-mula tak nampak pa pe pon dalam tu. Bila staff tu cam je makanan, sekor-sekor keluar dari dalam pasir tu. Euww cam geli pun ada gak tengok style diorang tu..
Pusing-pusing Aquaria KLCC ni lebih kurang sejam je. Rasanya, kalau korang jenis baca info satu-satu dan hafal, maybe paling lama pun leh setel dalam masa 3 jam..haha..tak besar mana pun, tapi still berbaloi dengan nilai ringgit. Series! Terutamanya mereka yang ada anak kecil. At the end, korang akan jumpa dengan kedai souvenir/cenderahati berlabelkan Aquaria KLCC. Souvenir Underwater World Langkawi pun tak terbukak lagi hoi..
Tips membeli tiket ke Aquaria KLCC. Boleh walk-in, dan pastikan bawa MyKad untuk dapat harga warganegara. Dan untuk beli tiket dengan harga lebih murah, pandai-pandailah survey di Groupun atau beli semasa event Matta Fair, sure lebih jimat! Benda sama dengan harga lebih murah, konfem puas hati punya!
**JMR: Teringat dan terbayang dengan jelas lagi, seekor ikan pari yang melekat di dinding cermin di area Oceanarium, bila diamati ‘muka’ ikan pari tu, sebijik seperti wajah manusia. SubhanAllah, Maha Suci kuasa Allah..
ingin sekali jalan jalan dan langsung datang kesana , tempatnya yang indah dan keren , artikel blog yang memberi informasi yang bermanfaat .
jalan-jalan cari ilmu pasal hidupan laut..pasti best ni..
anak-anak suka tengok ikan..
tringin nak bawak anak-anak ke sini..
masih belom ada kesempatan
next kite bwk ayyan g zoo plk.. yey..!
selalu lalu..
tapi tak juga nak masuk tempat nih. haduhaii..