September 20, 2020

Akad nikah di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan

Cerita tahun lepas..wah macam lama je kan..padahal minggu lepas jek..

Selamat Pengantin Baru untuk sepupu aku, Khadijah dan pasangannya Syahir yang selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan. Dah lama aku tak jejak kaki ke masjid negeri ni. Kenangan lepak tidur  selepas perjalanan Shah Alam-Kuantan dengan project team semasa projek di Gebeng, 6 tahun lepas, memang jelas di memori ok. Tak sangka lak, hari ni aku datang untuk hari bersejarah sepupu aku lak..hehehe..

Kami bertolak dari Kota Damansara pada jam 5.30pagi via Lebuhraya Pantai Timur. Singgah di RnR Temerloh untuk solat Subuh sebelum mengambil Exit Kuantan dan tiba di perkarangan masjid tepat jam 9.00pagi. Yes, planning on time. Tenkiu waze!

Muka excited Dayyan Harith bila tengok hall Masjid Negeri yang luas dan putih mulus. Sejak dapat lutut untuk merangkak ni, memang dia suka betul ke sana ke sini, berpeluh-peluh..benti pun sebab topup susu kasi tenaga lebih.

Setiap kali aku berada dalam suasana ni, mesti teringat  saat-saat 9 Mac 2012. Nerves, cuak, gementar, gerun semua ada. Tapi semua tu hilang dan digantikan dengan semangat baru untuk menggalas tanggungjawab baru. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat Puan Khadijah & Tuan Syahir.

Solat sunat selepas nikah ni sunat dilakukan tanda kesyukuran kehadrat Ilahi. Cara dia boleh refer di entri ArrifShah “Cara Solat sunat Selepas Nikah“. Sempat gak aku shoot masa Syahir sedang berdoa. Ni pakai lens 50mm dari jarak 4meter tak silap.

Acara membatalkan air sembahyang dan menzahirkan mas kahwin dari si suami kepada si isteri. Oh ye, tok Kadi kat sini siap ada assistant yang akan assign prosedur-prosedur dan protokol yang perlu dihormati. Contohnya, kat sini, hanya boleh salam&cium tangan suami, tak boleh nak cium dahi&shoot macam tempat-tempat lain. Nak lebih-lebih buat kat tempat lain katanya..hehehe..

Majlis akad nikah ni setel lebih kurang jam 10.30 pagi. Then, kitorang bergerak ke Dewan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Kuantan untuk majlis persandingan.

Dayyan Harith di usia 8 bulan dan seminggu, excitednya sampai ke majlis berakhir. Kagum lak aku ngan energi budak ni merangkak. Tetamu lain lak dok melayan telatahnya yang memang tersengih je, tersengih pun sebab moodnya ok..Ok walaupun Dayyan tak mandi pagi semasa majlis berlangsung..hahaha..just sempat mandikannya selepas majlis akad nikah berakhir..hehehe..

Suka gambar dari SUARA MATA PHOTOGRAPHY? Boleh ke FB SUARAMATAPHOTOGRAPHY untuk perbincangan lanjut..;-)

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Akad nikah di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *