February 18, 2020

Selamat Pengantin Baru Rakan Blogger Yana Yassin!

Happy weekend..hujung minggu memang masa sesuai untuk berkenduri-kendara kan? So, minggu ni kita ke Masjid Bukit Aman, KL untuk meraikan penyatuan cinta Rakan Blogger, Yana Yassin dan pasangannya brada Shah.

 

Seawal jam 8.30pagi kami sefamili sampai di Masjid Bukit Aman. Plan asal, janji ngan Cik Yana untuk sampai awal pagi, nak berphotoshoot sesi make-upnya. Tapi tak kesampaian atas ‘sebab-sebab’ tertentu..hehe..dan plan asalnya, hanya aku ngan Puan Nunu je nak datang, tapi kesiankan si Dayyan Harith yang awal pagi dah bangun. Rasa tak sampai hati lak nak tinggalkannya lagi. Baik bawa je kasi dia bersosial sikit di hujung minggu ni..hehehe..

 

Lebih kurang jam 9 pagi, majlis Akad Nikah dimulakan dengan Cik Yana menyatakan persetujuan untuk diijabkabul dengan pilihannya. Bukan kahwin paksa..hehehe

 

Then, persetujuan oleh wali. Nasib baik setuju, kalau tak setuju, habeslah Yana. Hmm..tinggi betul songkoknya tu kan, dah macam songkok masterchef. Stylo la!

 

Tahniah..sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz. Sebelum akad nikah tu, memang nampak benar muka cuak&never bor Shah ni. Nasib baik ahli keluarga disekeliling pandai kontrol keadaan untuk hilangkan neves pengantin lelaki ni..hehe..teringat saat-saat aku nak akad nikah 2tahun lepas. Memang cuak walaupun aku dah biasa dalam keadaan ni, tapi bila berdepan&bersalam dengan jurunikah, memang lain macam auranya..

 

 

Sebelum majlis bersurai, kami sefamili bergambar dengan pasangan pengantin baru ni. Selamat Pengantin baru ye, semoga kekal dan bahagia hingga ke syurga. Cinta sampai mati ok!

 

Posing luh ngan anak teruna ni. Suka betul dia dapat merangkak kat dewan utama Masjid Bukit Aman ni. Dah tu, siap ada ‘kakak-kakak’ yang rajin dok escort dia, bukan takat escort tu je, ‘kakak-kakak’ ni siap peluk cium lagi. aieh..aku tengok, naik rimas lak di Dayyan ni kena gomol gitu.banyak sangat peminat ni. Rilex bro, daddy luh pun macam tu..hahaha..

Setel majlis, pengantin baru mula bersiap untuk majlis persandingan pada jam 12.30tengah hari. Since Dayyan Harith masih belum mandi pagi, aku mandikan dia kat tandas lelaki kat masjid ni gak. Kasi dia selera sket. Nak mandi sebelum keluar rumah, still sejuk lak. Tak elok untuk baby kan. So, lepas siapkan dia, lepak-lepak jap ngan Shakiddo sebelum proceed untuk amik nasi dan lauk pauk. Nyummy..

Cantik ok pelamin kawen Yana ni. Purple+white dengan wide stage. Rasa macam nak naik pelamin sekali lagi je..hehehe..

Tepat jam 12.30tengah hari, ketibaan pengantin baru kita. Berseri-seri muka diorang ni. Bestkan kawen..hehe..

Dayyan Harith & aunty Lily.

Dayyan Harith & aunty Nora

Dayyan Harith & uncle Eizil. Amik berkat jadi programmer tu..

Group photo bersama sebahagian blogger yang hadir. Memang ramai blogger yang datang majlis Yana ni. Ada yang sempat aku jumpa, dan ada yang tak sempat nak salam pun..

To Yana&Shah, Selamat Pengantin baru. Kawen memang best tapi di sebalik tu ada detik-detik pahit yang harus ditelan. Pandai-pandailah hadapi detik tu, dan kontrollah ia, insyaAllah akan bahagia dunia akhirat.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Selamat Pengantin Baru Rakan Blogger Yana Yassin!

  1. stage pelamin cantik.. baju pengantin cantik.. blogger-blogger pun cantik.. eh, semua cantik lah.. nampak sangat muka lega Shah lepas akad tu.. macam tu lah kita suami2 kaaan… =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *