December 9, 2024

Beef steak Steakhouse Islamic Western, Bandar Botanik

Sesekali keluar makan bersama famili besar di hari cuti, pun best gak. Sambil sambil mencuba menu a.k.a foodtesting kat mana-mana restoran yang belum pernah rasa menu menu hangat diorang kan. Kali ni, since cuti hujung minggu yang panjang sempena Chinese New Year, kitorang ke Restoran Steakhouse Islamic Western, Bandar Botanik (depan AEON Bukit Tinggi). Sebenarnya dah perasan lama signboard restoran ni, tapi tak pernah berpeluang ke sana. 

 

Status halal memang tak diragui, Islamic Western kan..aku suka bila nak masuk restoran ni, waiter sambut kitorang dengan ucapan salam. Terserlah islamik di situ. Susunan meja dan kerusi memang selesa, ada kat dalam dan luar. Untuk famili yang bawa baby, baby seat memang disediakan mencukupi dan bersih. 

 

Dari segi servis dan waiter, memang tip top. Waiter diorang cekap dan friendly. Even masa kitorang datang ni ramai pelanggan, tapi waiter cepat-cepat layan kami untuk order. Apa yang aku nampak, waiter memang ramai dan rajin je, takde nak lenggang-lenggok masa amik order. Thumbs up!

 

Basically, menu kat sini adalah western cuisine. Ada pasta, steak, grilled, pizza dan set appetizer. Minuman lak ada juice, karbonat dan macam-macam coffea. Cuma pada tanda harga, memang aku tak expect harga menu kat sini, agak mahal. Harap-harap rasanya tidak mengecewakan. 

 

Untuk appetizer, kitorang order nachos cheese. Full name menu ni aku lupa. Cukup untuk hidangan 4 orang dengan harga RM12.90. Sambil-sambil tunggu main course, boleh kunyah nachos ni.

 

Aku order Grilled Blackpepper Beef Steak . Takde choice samada nak pilih medium/juicy. Dihidangkan bersama dengan jagung bakar, kentang bakar dan potongan brocolli&carrot. Daging memang lembut dan agak juicy. Memang feveret aku style camni. Sos blackpepper agak light rasanya dan agak cair. Aku prefer sos blackpepper yang lebih pekat&rasa lebih kuat. hehehe..mungkin diorang nak sesuaikan dengan majoriti taste pelanggan lain kot. Overall, 3/5 bintang untuk rasa dengan harga RM25.90. 

 

Untuk Puan Nunu&mama, diorang pilih Grilled Chicken Chop. Didatangkan dengan nasi, jagung bakar dan mix brocolli&carrot. Komen diorang, sos mushroom BBQ tu memang light rasanya & cair sangat. Nasib baik isi ayam tu dimasak dengan baik. Dengan rasa menu dan harga RM19.90 untuk set Chicken Chop ni, agak mahal dan mungkin patut amik menu lain. Tapi still licin diorang habiskan.. hehehe..Oh ye, lupa nak shot satu menu lagi. Fish&Chip untuk papa. Puas hati dengan portion menu Fish&Chip yang besar dengan harga RM16.90. 

 

Korang yang dok sekitar Klang, boleh la singgah di Steakhouse Islamic Western ni. Lain orang, lain citarasanya kan. Overall, mungkin kitorang akan datang lagi 6 bulan lepas ni. Dengan rasa&portionnya yang biasa-biasa, kitorang lebih prefer ke tempat lebih berbaloi dengan harga dan portion. hehehe..tapi suasana&kebersihan restoran ni memang selesa dan sesuai untuk family gathering. Thumbs up untuk keramahan waiter kat sini. Tengok tu, rajin lak dok melayan si Dayyan yang nak amik order gak..hehehe..

Burp alhamdulillah..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Beef steak Steakhouse Islamic Western, Bandar Botanik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *