March 28, 2024

Asfar Briyani, Bandar Baru Kertih

Masuk minggu ni, dah 3 minggu aku merantau mencari sesuap nasi di negeri sendiri. Yela, Kertih kan di Terengganu dan Terengganu kan negeri asal aku..hehehe..selain aktiviti projek yang perlu disetelkan mengikut jadual, aktiviti wajib lain adalah MAKAN. Hari hari makan kedai sama pun bosan gak kan, so memang seboleh mungkin hari hari akan cuba kedai berlainan. paling idak pun, kalau kedai sama, akan cuba menu yang lain-lain..

Ok, foodhunting kali ni, aku dan partner lain mencari kelainan dengan Nasi Briyani Ayam Goreng di Restoran Asfar Briyani, Bandar Baru Kertih (opposite road dengan McDonald Kertih/ sebelah masjid bandar baru Kertih)

 

Dah namanya Restoran nasi briyani kan, memang nasi briyani je yang ada kat sini. Nak nasi ayam, sila ke kedai sebelah. Antara lauk sedap yang disediakan, ayam goreng, ayam masak merah, kari daging dan kambing, dalca dan papadom.

 

Untuk kali ni, aku cuba nasi briyani ayam goreng. Lagipun aku tengok, boleh tahan besar gak isi ayam goreng tu. Siap boleh amik lagi sisa tepung ayam goreng tu, rangup hoi..harga sepinggan RM9 memang berbaloi dengan rasa rempah briyani yang sedap, ayam goreng yang sedap dan kuantiti papadom yang boleh diambil sesuka hati..hahah

Papadom-side dish yang wajib bila makan Nasi briyani kan? Rangup wo..makan saja pun boleh nih..

Memang aku rekemen restoran untuk korang yang teringinkan nasi briyani di area Kertih ni. Lagi pun tak banyak kedai yang serve nasi briyani ni..

Burppp..alhamdulillah..

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Asfar Briyani, Bandar Baru Kertih

Leave a Reply to suriaamanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *