December 9, 2024

Megi Ketam Bistro, Kemaman

Masuk minggu ni, dah minggu ke-3 aku berada di luar kawasan. Kalau ikutkan project schedule, patutnya minggu ni dah boleh commission. Tapi tu la kan, Tuhan punya perancangan, kalau 10 kali dok meeting pasal planning pon, kalau Tuhan tak bagi siap on time, memang taklah kan. Kita dah buat yang terbaik, tapi still team lain takleh commit, natijahnya delay la perjalanan projek untuk beberapa waktu. 

So, last week, elok je abis kerja petang Jumaat, aku ngan partner aku decide untuk pulang ke KL. Dari Kertih ke KL, biasa amik masa lebih kurang 4-5jam. OTW tu, singgah dinner di 4X4 Megi Ketam Bistro cawangan Kemaman,terletak tak jauh dari Masjid Geliga.

 

Since ni first time sampai, memang kena check menu luh la kan. Kat sini killer food dia adalah Maggi Ketam. Boleh pilih ketam nipah atau ketam laut/bunga. Selain tu, ada gak seafood lain cam ikan bakar, sotong, udang, lala, lokan dan masakan panas. 

 

Untuk kali ni, kami pilih ketam nipah. Sebelum proceed ngan order, boleh pilih sendiri saiz ketam yang berkenan. Basically, ketam kat sini dibahagi kepada saiz A,B,C,D .. Saiz A yang paling besar la dengan harga RM28 semangkuk, saiz B berharga RM23, saiz C RM18. Dan ketam paling besar dikategorikan sebagai KING dan harga dikira ikut kilo. Fuhh, memang besar kot..

 

Antara beza ketam nipah dan ketam laut adalah dari segi kandungan isinya. Biasanya ketam nipah lebih padat isi dengan sepit yang lebih besar. Dan tool seperti di atas ni memang amat diperlukan..hehehe..*eh apa nama alat tu ek?

 

Dah sampai order aku. Aku amik saiz B dengan harga RM23. Well said, ketam memang segar dan isi memang padat. Tapi yang paling aku suka, selain ketam sekor tu, ada gak isi udang, lala dan sotong yang dimasukkan dalam maggi tu. Dan sup megi tu memang terbaik. Memang rasanya lain, ada manis manis air dari ketam dan seafood lain..you should try baru tahu macamana rasanya. Highly recommended!

Burppppp..alhamdulillah..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Megi Ketam Bistro, Kemaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *