March 28, 2024

Pesanan buat peniaga bazar Ramadhan..

Masa dok melayari internet disulami bunyi bising dari dalam perut sendiri, aku terjumpa satu status daripada Ustaz Zaharuddin (zaharuddin.net), berbunyi..

“Bazaar Ramadhan amat banyak, namun kebersihan makanan & status kehalalan menjadi persoalan. Adakah telah dipastikan semua bahan adalah halal? Ada juga yang menggoreng ayam separuh masak, ada darah & terus dijual. Ada yang menjual ikan yang apabila ingin dimakan, terus mengalir darahnya dek kerana tidak disiang elok. Nasi mentah, makanan kelmarin dijual etc. Inilah ciri-ciri bala dan kejauhan rahmat Allah bagi seorang peniaga adhoc di bazzar ramadhan, kecintaan kepada untung membawa musibah kepada iman. Nabi sebut : “Peniaga akan dibangkit sebagai orang jahat (jelek & munafiq) kecuali yang amanah serta jujur”.” 
 

Aku cadangkan, pihak-pihak berwajib yang organize bazar-bazar Ramadhan di sekita Malaysia ni, print out besar-besar dan letakkannya di area bazar sepanjang bulan Ramadhan nih..Paling tidak, letak je;

” KECINTAAN KEPADA UNTUNG, MEMBAWA MUSIBAH KEPADA IMAM”

tak pun..

“PENIAGA AKAN DIBANGKIT SEBAGAI ORANG JAHAT(JELEK &MUNAFIK KECUALI YANG AMANAH SERTA JUJUR”

Macam marah benor je JMR?

Yela, of kos marah..satu, sebab harga di bazar Ramadhan cekik darah punya hal..dan kedua, dah le kena cekik, siap kena kencing lagi sebab makanan yang dibeli telah basi dan masam ..haktuih…

 

Pertama kali bawak baby Dayyan ke Bazar Ramadhan di Taman Sri Andalas, Klang. Saje nak bagi dia kenal erti kehidupan. Ingatkan ok bazar tu, sekali ramai gila pengunjung, dah tu siap ada asap bakar ayam+ikan berkepul-kepul di sana sini. Aku lak lupa bawak Self-Contained Breathing Apparatus untuk anak aku ni. Plus, baru je sampai, hujan dan start rintik-rintik..so, end up dengan mummy+baby Dayyan berbazar dalam kereta, dan bapaknya sorang-sorang merewang cuci mata..hahaha..

Ni second time ke bazar Ramadhan kot, first time pergi di Seksyen 6, Kota Damansara, terkena tempe basi. Rasa sedap tempe dan jadi rasa macam tapak kaki. Terbayang-bayang muka akak slang Indon yang jual tempe tu, rasa dekat je tapak kaki ni dengan muka cute dia..Ok, yang seken, kisah di Taman Sri Andalas ni. So far, gulai daging kawan, Murtabak Kamal, dan kuih-muih lain yang aku beli, boleh aku puji walaupun bukan awek yang menjual. Tapi bila tiba time dessert, bubur jagung yang patutnya tak sepekat gam kayu, tapi pekat gila dengan bau lebih kurang mulut tak gosok gigi seminggu..

Terus aku teringatkan muka makcik dengan anak daranya yang amik dua hengget tanpa belas kasihan kat aku..terus konpius nak bagi tapak kaki ni kat muka makcik tu ke anak dara ala-ala Neelofa tu ke??

 

Muka gembira sebelum tahu kena kencing ngan makcik bubur jagung tu..

SELAMAT BERBUKA kepada yang puasa only!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

11 thoughts on “Pesanan buat peniaga bazar Ramadhan..

  1. ITU YANG KADANG2 BUAT SAKIT HATI KAN…..GERAM JER..SEBAB TU SA X BERAPA GEMAR PI PASAR RAMADHAN

  2. ada juga terkena hari tuh , ini kes nak cepat untung beli baju raya jer nih tapi kualiti diabaikan…hmmm…

  3. Saya selalu cari peniaga yang selalu kita beli je. Kita tahu tahap kebersihan dan layanan dia. Yang cuma meniaga setahun sekali, kirim salam la nak datang.

Leave a Reply to daydeck86 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *