September 21, 2020
Uncategorized

Hari pertama puasa oii

Assalamualaikum wbt..

*sopan tak mukadimmah kali ni?

Ok..sebelum aku lupa lagi, nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat yang berpuasa saja. Yang buat-buat sakit sampai jatuh hukum tak wajib berpuasa, itu memang tak selamat la kan. So hari ni dah masuk 2 Ramadhan kan. Tahniah korang sebab dah berjaya menjalani ibadat puasa di hari pertama. Ingat, puasa bukan takat menahan lapar dan dahaga kan, kena tahan gak nafsu-nafsu lain, mata, telingat semua tu..sama-samalah kita kekal ‘berpuasa’ semua itu sehingga setel bulan Ramadhan ni..

Tahun ni agak rare dalam hidup aku. Biasanya, 1Ramadhan, aku akan setkan masa elok-elok untuk berbuka bersama famili. Tapi ntah macam mana salah set, aku tersetkan meeting ngan client aku di Paka, Terengganu lak. So, aku travel ke sana jam 9 pagi, dan patah balik dari sana pada jam 4.30petang. Sangkut ngan jamm di bandar Kemaman, ngam-ngam sampai di Hentian Rehat Temerloh masa azan Maghrib. Aku takde azan act, tapi aku tengok muslimin muslimat kat hentian tu ngah fokus & berselera menyantap santapan masing-masing. Nasib baik akak kat ofis di Terengganu bekalkan kurmaYusoff Taiyob, sempat gak berbuka on time. Paling penting, aku tak keseorangan..Terima Kasih kepada Tharmaraj a/l Periasamy sebab teman aku berbuka..hahaha..

 

Bukan masak tempoyak ikan patin, ni masak cili api+paru goreng bersambal+masak lomak pucuk paku..podehhh oii..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Hari pertama puasa oii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *