December 14, 2024

Korang Pernah Lepak Tepi PLUS Highway?

Selamat hari Isnin! Mesti ramai yang tak suka hari Isnin kan. Jangan dok tipu le..hikhik..tapi nak wat camana kan. Hidup harus diteruskan…

Straight to the point. Korang nah lepak tepi highway tak, Plus Highway ke, atau memana highway. Bukan RnR atau memana hentian, tapi betul-betul tepi jalan, ko duk tepi jalan, kete lak dok pecut 100km/h. Pengalaman yang best bukan…~

Posing 13km sebelum exit SLim River di PLUS Highway. Seb baik time ni baru kol10pagi, kalo12tgh hari, mahu berpeluh sakan aku.

Kazen aku dengan permainan tradisional Kreatif. Game fighting guna bunga lalang, yeke bunga lalang tu. Aku pon tak pasti sangat. Yang aku tau, sapa-sapa yang terputus bunga kaler purple tu, dikira kalah. Korang penah main?

Selama sejam kitorang stop kat tepi PLUS highway tu. Fuhh, pengalaman tol. Ni on the way ke Cameron Highland pagi Jumaat yang lepas. Ni la punca dia…~

Tayar buat hal plak. Time2 gini la dia nak pecah. Pecah ok, bukan pancit kena paku atau benda2 tajam. Lagi teruk, tyre spare lak takde. Mao mati akal mula-mula..Seb baik, pas parking tepi tu, datang macha dua orang. Nak buat camana. Kena ketuk ke, kena apa ke, kedatangan diorang memang dh kira ‘nasib baik’. Yela, dok tengah2 highway, nak mitak tlg sapa lg. Panggil PlusRonda pon, diorang ckp mmg tak dpt buat pe. Terpaksa la towing. Seb baik geng2 ni ‘kije’, even hari tu Hari Deepavali. So, memang kena angkat naik lori la kete tu..aisehhh…

First time naik lori spesis gini. Sonok gak. Kazen aku siap request abg lori tu pusing-pusing satu bandar Slim river..hahaha..

Flat terus okkey. Seb baik tak jadi pape, dah la time tayar ni membuang angin, ngah dok pecut di lane sebelah kanan. Seb baik cepat2 perasan ada something wrong ngan tayar sebelah kanan belakang. Kalo idak, memang tak berupdate la jmr23.com nih..hehehe..alhamdulillah..

Syabas dan bravo utk apek yang tolong repair dan tukar segala bagai. Dah la kedai apek ni, betul2 kuar exit Slim River, layanan pon kira ok la kan. Kalo ada diskaun lagi ok kot..miahahah..ALhamdulillah, tak sampai sejam, dah leh teruskan perjalanan ke Tanah Tinggi Cameron, tanpa sebarang masalah. 

Dah sampai kat Brinchang, baru dapat masalah baru. Trafik jem !!! Damn…kan aku dah cakap, musim2 cuti sekolah, memang merangkak la naik bukit tu..aiyooo…next entri la aku citer pasal Family Vac kitorang sempena Deepavali nih ek…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *