April 16, 2024

Kamal Murtabak – murtabak terbaik

Bila tiba je bulan Ramadhan, salah satu juadah yang menjadi target aku ialah Murtabak. Murtabak-Bazar Ramadhan dah sinonim sejak aku kenal erti murtabak sedap. Dari sekeping RM1.50 untuk ayam/daging sampailah membawak ke RM3 sekeping. Walaupun kadang-kadang aku terpaksa face dengan masalah untuk kenal pasti mana satu murtabak ayam, mana satu murtabak daging, sebab dua-dua rasa telur+bawang je lebih. 

 

Selain daripada murtabak yang dimasak sendiri oleh ummi aku, memang susah nak jumpa murtabak yang boleh dispesifikasikan sebagai murtabak ayam atau murtabak daging. Paling terbaik pernah aku jumpa pun semasa site visit ke Bazar Ramadhan Taman Sri Andalas Klang last week, KAMAL MURTABAK! Selepas beberapa tahun, baru aku dapat rasa, murtabak daging yang memang boleh rasa dianyer inti daging, dan murtabak ayam yang memang rasa ayamnya..kalo idok, rasa telur ayam je la..hahaha..

 

Kamal Murtabak, simple tapi sedap. Berbaloi gak dengan RM3 yang aku laburkan untuk sekeping murtabak nih. Kompom aku akan terjah lagi ke gerai Kamal Murtabak nih..

Pesanan buat Peniaga Bazar Ramadhan

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Kamal Murtabak – murtabak terbaik

  1. selalu kalau nak dapat yang betul daging..memang harganya paling kurang pun rm4. kat pahang..paling mahal..8 ringgit. Tapi puas hati la makan. Tak yah makan nasi pun takpe…kenyang sampai ke pagi. haha

  2. sejak pose ni, tak pekene lagi murtabak
    haih, weekend ni klu sempat kena gi bazar ni cari seketul dua

Leave a Reply to cintazulaikha Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *