March 29, 2024

Blog Spammers sudah bijak.

Antara blog commentors dan blog spammers, memang tidak sama. Satu faktor yang membezakan mereka adalah kata-kata feedback mereka berdasarkan topik entri yang diketengahkan oleh penulis blog. Kebanyakkan spammers hanya mengisi ruangan komen mengikut topik mereka sendiri, kadang-kadang langsung tiada kaitan dengan entri blog. Paling melucukan, entri blog dalam Bahasa Melayu, dan spammers mengisi ruangan komen dalam bahasa luar, English mahupun bahasa Jerman secara panjang lebar…macamlah ko faham dan macamlah aku faham! hahah

Lately, aku perasan spammer ni makin bijak. Mungkin diorang siap guna Google translator untuk melontarkan hujah dalam bahasa Melayu, walaupun aku bercerita pasal ‘kanak-kanak perempuan bermain bola’  dan mereka memberi komen pasal ‘sedapnya bermain dengan perempuan’…

Spammer pun makin bijak dan kreatif..

**jerebu makin teruk ni, esok tak bagi cuti ke Selangor?

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

32 thoughts on “Blog Spammers sudah bijak.

  1. Guna akisimet akan auto ke spam..dua hari x tengok kompom 15-20 spam..haha.. tapi lepas 15 hari akisimet akan auto delete.nak manual delete memang menjemukan. 🙂

  2. Canggih tak bertempat ni.

    Spammer ni elok buat kerja lain. Memang main black hat SEO technique yang akan makan diri kemudian hari.

    Kalau pakai wordpress senang sikiti.

    Boleh pakai lugin anti spam

  3. betul spammer sekarang dah bijak dan berlambak2….sekali den bukak blog den…belambak comment spam…leceh betul dia org nie…

  4. Saya ada sekali kena ….yang buat tu daripada Indonesia….huh…kelam kabut jadinya….nasib baik back up team power…kena baca betul2 memang kadang2 tak bersangkut paut..tetapi yang bersangkut paut ni la…yang menjahanamkan….

  5. 1 lagi modus yang boleh dikatakan bijak,ia membuat komentar seperti TRACKBACK.apabila dicari link blog kita tak ada pada blog dia.

  6. Sangat memenatkan bila melayan spam comment. Sekali dier bagi komen dengan link meleret, mcm ruangan tu bapak dier yang punya daa.. Cara paling senang nak kurangkan spam terutamanya pengguna blogspot ialah dengan membenarkan pengguna akaun dengan email sahaja. Pengguna ‘anonymous’ jangan dibenarkan sama sekali..

  7. Spammers kat semua blog ada…SA nyer blog pun beratus2 spammers masuk..satu hal every day nak kena tengok dan delete…diorang ni mmg di bayar untuk balas komen spammers ke erk?
    sekolah jer tutup la JMR, kerja tetap macam biasa…KL teruk jugak jerebu..seremban pun sama…

  8. salam. dulu sy pernah kena gejala blog spammer ni. biasanya mrka komen entri yg lama2…memang berbeza tul komen dgn tajuk artikel sy tu..

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *