September 21, 2020

Zanmai Sushi

Rasa macam dah lama tak pekena sushi sejak Puan Nunu sarat mengandung ni. Kali terakhir pun pada Disember tahun lepas. Almaklumlah, kata orang, tak berapa elok makan makanan mentah atau separuh masak untuk ibu-ibu mengandung ni. Petua&pantang orang yang lebih berpengalaman kan, jadi aku ikutkan saja.

 

Tapi, itu cerita di awal trimester pertama dan kedua, masa saat-saat akhir atau lebih tepat lagi, menunggu masa saje ni, tak salah kalau aku turutkan saja keinginan si isteri kan..tapi dengan bersyarat, sushi yang dipilih hendaklah mendapat approval daripada aku.*gilakuasatol.hahaha.

Hokaloh..tengokkan muka tu, cam tak puas hati je aku pilihkan maki sushi tu. Ok la tu dik, kat dalam tu ada ebi furai(udang goreng tepung), maknanya 100% masak.untuk memuaskan hati Puan Nunu ni, aku tambah order Tendon bersaiz S dengan harga RM8.80..untuk aku, rasa masakan kat Zanmai Sushi ni antara yang terbaik dan lebih original berbanding dengan franchise lain eg: Sushi King/Sakae Sushi..portion pun lagi banyak. Sehinggakan sanggup bini aku habiskan lauk, then nasi yang tak abis tu disuruhnya aku habiskan..katanya tak baik membazir.good job!

 

Sebenarnya, aku pun konpius siapa yang mengidam, siapa yang meneman..sebabnya, sepinggan dua je yang Puan Nunu habiskan, yang lain-lain tu aku setelkan. Kat bawah ni antara sushi yang selamat masuk ke perut aku. Yang lain-lain tu tak sempat nak snap, sebab tak kuasa aku nak snap satu-satu! Nanti tengok gallery dalam hanhphone tu, meleleh lak air liur sendiri…

 

Salmon yawwww….

 

Telur ikan tembakul..hahaha..yang hitam tu nampak je burok, tapi caviar itu sangat marveles!

Ni aku lupa nama, tapi cecah sos tu first time aku rasa..meleleh ok!

Avocado okkey yang hijau tu.

Tuna temaki sushi..

 

Tuna Salad & Inari Tuna salad.

Kepada pencinta sushi di Malaysia ni, aku rekemenkan Zanmai Sushi ni untuk korang cuba satu persatu menu di sini. Harga lak lebih kurang dengan jenama lain, bermula dengan RM1.80. Sehingga ke hari ini, aku menunggu masa untuk fight makan sushi dengan Cik Lily Putih..ingat nak ajak Hazman Foodblogger, tapi tak dapatnya sebab tekak dia adalah tekan Orang Arab…..

Burppppp…alhamdulillah….

 

Flower needs Water

Human needs Love

Cooking needs Heart

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Zanmai Sushi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *