March 28, 2024

Meatball di Burger Bakar Abang Burn

Kalau bercakap pasal burger bakar, mesti teringat Burger Bakar Abang Burn(BBAB). Rasanya BBAB ni antara pioneer dalam industri burger bakar kat Malaysia ni kan..

Sekarang ni, ramai dah tahu yang Abang Burn cuba melangkah lebih jauh lagi dengan memperkenalkan Meatball Abang Bakar..*salute!

 

Yeah..aku dah berpeluang  merasai sendiri nikmat bebola daging yang dicipta khas oleh anak tempatan. Meatball Abang Burn ni didatangkan khas dengan sos Mushroom Brown Sauce, semestinya resipi rahsia Abang Burn..eh siapa Abang Burn ni sebenarnya ek?? *garukepala..

 

Setiap set Meatball Abang Burn ni berharga RM9.90 dan korang bolehlah telan 10bijik meatball bersama 5 wedges. Meatball ni adalah 100% daging dan ianya adalah homemade..

 

Burger Bakar Abang Burn ni ada 14 jajahan kat Malaysia ni..eh dah tahu ek? *good.. biasanya, kalau nak menjamu Burger Bakar Abang Burn, aku selalu ke Jajahan Kota Damasara, tapi kali ni, pertama kalinya aku menjamu selera di Jajahan Seksyen 7, Shah Alam..ala, belakang KFC, depan Uitm, tak jauh dari Jakel tu je. Korang pusing-pusing je area situ, kompom jumpa..jajahan ni berkonsepkan ‘restoran/kedai makan’ dengan servis mantap..tak sampai 5 minit, korang dah boleh dapatkan order, tak kiralah burger bakar atau meatball..air adalah berkeupayaan untuk korang refill sampai pancit!

Macamana dengan kebersihan kedai? First class!! dengan setiap crew yang bertugas nampaknya memakai apron, glove, bandana dan juga kasut untuk keselamatan semasa bertugas..safety first okkey..

 

Wifey aku bukan main syok lagi bermeatball. Katanya, daging meatball ni merasa terasa kesegaran dagingnya.

Okkey, untuk info lebih lanjut, boleh terjah Fesbuk dan website Burger Bakar Abang Burn ni..

http://www.facebook.com/abangburn

http://www.abangburn.com/

Atau pun boleh link ke

http://tinyurl.com/lokasiabangburn

untuk jejak jajahan-jajahan Burger Bakar Abang Burn yang lain di serata Malaysia!

 

 Cer tatap gambar salah satu menu feveret aku di Burger Bakar Abang Burn ni..meleleh tak? heheh..

Selamat Bermeatball!!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

14 thoughts on “Meatball di Burger Bakar Abang Burn

  1. bila la dapat pergi makan burger bakar abang burn ni..adehh…
    nak try lagi sekali meatball.. dengar kata resepi baru..

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *