Wah wah tips rumahtanggabahagia ye..
Tak salahkan?
Walaupun ‘masjid’ yang aku bina masih setahun jagung, rasanya tak salah untuk aku kongsikan something yang aku rasa boleh dipakai atau dijadikan tips untuk pasangan suami isteri yang semestinya sebaik mungkin inginkan rumahtangga yang bahagia dan tanpa masalah..hakikatnya, hidup tidak akan sempurna tanpa masalah. Betul tak?
*even haiwan pun ada masalah..listen listen listen..eh eh ke situ lak. Back to topic!
Ok. Listen..
Sejak 3,4 bulan ni, dah menjadi tabiat aku, sebelum tidur(kalau aku tak outstation la kan), mesti off light, on IPAD2, browse le pape, blog ke, maharaja lawak mega 2012 ke, sambil borak-borak dengan isteri aku kat sebelah, di dalam suasana suram-suram cahaya IPAD2. Tak kisahlah topik apa. Dan as a husband, aku biarkan isteri bercerita apa saja, tang problem kat ofis ke, tang barang online yang tengok nak try nak pujuk aku belikan ke, tang rasa dia nak makan itu ini ke, tang barang baby yang perlu beli ke, tang pendapat dia tentang sesuatu isu ke, pendek kata tak kisahlah, janji aku bagi dia bercerita dan lepaskan apa sahaja. At the same time, ada sedetik dua, aku mencelah tanda respon terhadap ‘bebelan’ nya sambil tangan aku letakkan atas perut dia.
Percaya atau tidak, semasa Puan Nunu dok bercerita, baby kat dalam sana pun makin lama makin bijak memberi respon dengan mengicking tangan aku!
Biarkan si isteri bercerita sehinggalah dia atau diri sendiri dibuai mimpi…
InsyaAllah, bila kami berdua bangun pagi esok, terasa otak sangat fresh+hidup tanpa problem. Bila pandang isteri di pagi, nampak satu rasa bahagia di situ okkey..hehehe..
Kenapa?
Antara sebab yang aku rasakan, sebagai suami isteri yang bekerjaya dari jam 8 pagi sehinggalah jam 6.30petang baru bertentang mata, kadang-kadang si isteri memerlukan perhatian dan ruang untuk mereka mencurahkan sesuatu, begitu gak dengan suami. Dan dengan dunia media sosial skang ni, fesbuk+blog, sampai je ofis, solat, makan, update fesbuk, update blog, tu tak kira instagram atau twitter, seriously, setiap pasangan memerlukan ‘masa’ untuk bersama. Masa untuk menyemai rasa kasih, masa untuk menyemai rasa sayang, masa untuk melepaskan belenggu masalah harian..Opss..jangan pikir masa bersama tu masa ‘yang tu’ aje ye…
” Isteri juga adalah rakan kongsi”
ohh tidak baca entri ni buat aku rasa nak kawin secepat mungkin huhu
oh dah tukar header baru..sweet n simple.. setuju dgn cara gini… ajak lah baby dlm peyut wife borak sama ok…=)
komunikasi dua hala memang penting…
my daddy is so so sweet… – kata baby.. 🙂
Terbaik bro…
Nnti bila ada baby, cam lain plak bahagi masa…
Setuju! walaupun kitorang terpaksa buat bedtime talk tu atas sofa sebelum naik katil sebab hasben naik katil je, dah terus berlayar ke alam mimpi… hahaha
this is best bro… this is best bro… I LIKE!!!
nanti baby ada, dia baring tengah2.. hehehee
rasanya kalau den dah kahwin nanti, mesti dah kurang menghadap blog ni..heehehe
jangan kata gitu gk bro..bro kan blogger tegar gk..susah gk nak buat tabiat berblog nih..hehehe
ayat last tu ” Isteri juga adalah rakan kongsi” sure layan citer setia hujung nyawa:-p
AHHAAAAA… ITULAH YANG BINI DOK NGADAP SKRANG.. HEHEHE
of kos la..hahaha..best pe..byk pengajaran gk act dlm citer tu..