March 28, 2024

Tips Rumahtangga Bahagia: Bedtime Talk

Wah wah tips rumahtanggabahagia ye..

Tak salahkan?

Walaupun ‘masjid’ yang aku bina masih setahun jagung, rasanya tak salah untuk aku kongsikan something yang aku rasa boleh dipakai atau dijadikan tips untuk pasangan suami isteri yang semestinya sebaik mungkin inginkan rumahtangga yang bahagia dan tanpa masalah..hakikatnya, hidup tidak akan sempurna tanpa masalah. Betul tak?

*even haiwan pun ada masalah..listen listen listen..eh eh ke situ lak. Back to topic!

Ok. Listen..

Sejak 3,4 bulan ni, dah menjadi tabiat aku, sebelum tidur(kalau aku tak outstation la kan), mesti off light, on IPAD2, browse le pape, blog  ke, maharaja lawak mega 2012 ke, sambil borak-borak dengan isteri aku kat sebelah, di dalam suasana suram-suram cahaya IPAD2.  Tak kisahlah topik apa. Dan as a husband, aku biarkan isteri bercerita apa saja, tang problem kat ofis ke, tang barang online yang tengok nak try nak pujuk aku belikan ke, tang rasa dia nak makan itu ini ke, tang barang baby yang perlu beli ke, tang pendapat dia tentang sesuatu isu ke, pendek kata tak kisahlah, janji aku bagi dia bercerita dan lepaskan apa sahaja. At the same time, ada sedetik dua, aku mencelah tanda respon terhadap ‘bebelan’ nya sambil tangan aku letakkan atas perut dia.

Percaya atau tidak, semasa Puan Nunu dok bercerita, baby kat dalam sana pun makin lama makin bijak memberi respon dengan mengicking tangan aku!

Biarkan si isteri bercerita sehinggalah dia atau diri sendiri dibuai mimpi…

InsyaAllah, bila kami berdua bangun pagi esok, terasa otak sangat fresh+hidup tanpa problem. Bila pandang isteri di pagi, nampak satu rasa bahagia di situ okkey..hehehe..

Kenapa?

Antara sebab yang aku rasakan, sebagai suami isteri yang bekerjaya dari jam 8 pagi sehinggalah jam 6.30petang baru bertentang mata, kadang-kadang si isteri memerlukan perhatian dan ruang untuk mereka mencurahkan sesuatu, begitu gak dengan suami. Dan dengan dunia media sosial skang ni, fesbuk+blog, sampai je ofis, solat, makan, update fesbuk, update blog, tu tak kira instagram atau twitter, seriously, setiap pasangan memerlukan ‘masa’ untuk bersama. Masa untuk menyemai rasa kasih, masa untuk menyemai rasa sayang, masa untuk melepaskan belenggu masalah harian..Opss..jangan pikir masa bersama tu masa ‘yang tu’ aje ye…

” Isteri juga adalah rakan kongsi”

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “Tips Rumahtangga Bahagia: Bedtime Talk

  1. Setuju! walaupun kitorang terpaksa buat bedtime talk tu atas sofa sebelum naik katil sebab hasben naik katil je, dah terus berlayar ke alam mimpi… hahaha

Leave a Reply to KiD Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *