March 29, 2024

Ayam Percik + Daging Bakar || Yati Ayam Percik Kota Bharu

Selepas membaca entri Pembukaan YATI AYAM PERCIK SEKSYEN 7 SHAH ALAM oleh popular foodblogger Malaysia, terlintas di benak ni untuk menjamu selera di mana-mana cawangan Yati Ayam Percik yang merupakan antara kedai makan popular di Malaysia ni.

 

Dan rasa di perut tu tercapai semasa sesi ‘pulang ke kampung di hujung tahun’ pada minggu lepas. Selepas Majlis Aqiqah Amanda Qaisara, mencuri sedikit masa untuk melawat makcik belah Puan Nunu di Kubang Kerian, Kelantan. Dan makcik Puan Nunu a.k.a Ateh dengan bermurah hati untuk belanja kami di Restoran Yati Ayam Percik . Wah,cam tahu-tahu je apa yang bermain di benak saya. Kihkih..Terletak di Jalan Long Yunus, Yati Ayam Percik menyediakan pelbagai jenis percik, masakan&kuih muih Kelantan. ‘You name it, then eat it‘.

 

Pilihan aku&Puan Nunu semestinya nasi kerabu Kelate bersama dengan ayam percik dan keropok ikan. Ikan percik tu lak pilihan adik sepupu Puan Nunu. Sempat gak aku poww kepala ikan keli tu..burpp.. Selain daripada air tangan umi aku, rasanya percik kat sini antara yang terbaekkk.

 

Untuk tambah kick, kami order daging bakar. Tengok lemak-lemak tu, walaupun tak sihat untuk kesihatan, tapi sangat sedapp woo dimakan sebagai lauk nasi kerabu. Panas panas lak tu, baru je masak kot..

 

 

Burpp..alhamdulillah..So readers, “kalu demo ke kot Baru, bulih singgoh sini. Sedak sengotti..”

“HIGHLY RECOMMENDED”

Alamat Yati Ayam Percik Kota Bharu:

No 847, Jalan Long Yunos,

15200 Kota Bharu, Kelantan.

Tel: 09-747 9867

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Ayam Percik + Daging Bakar || Yati Ayam Percik Kota Bharu

    1. darn it!i only attempted maikng ayam percik once, because the lack of lengkuas makes all the difference. and for some obscure reason the chinese shop at my place hasn’t even heard of galangal a.k.a. lengkuas.

Leave a Reply to Verlucy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *