March 28, 2024

Burp@ Zanmai Sushi, Paradigm Mall

Omaigod omaigod omaigod..sekarang ni, masuk je petang, kompom ujan dan kompom ujan bila masuk petang.. Nak dijadikan entri, Isnin lepas aku on Replacement Leave. Menjadi rutin, kalau aku offday, mesti hantar amik Puan Nunu ke ofis tu dah menjadi salah satu task harian..Dan seumur hidup aku, aku rasa kali ni la aku drive dalam hujan yang paling lebat. *phewww!

Dipendekkan cerita lagi, lepas amik je Puan Nunu, aku terus melencong ke Paradigm Mall, yakni tempat persinggahan paling dekat yang boleh aku jadikan pitstop dari hujan yang maha lebat..

 

 

 

Alang-alang dah jumpa tempat persinggahan, terus mencari Zanmai Sushi sebagai tempat detim hari ni. First time berada di Zanmai Sushi Paradigm Mall, not bad la deco kat sini. Paling penting, tak perlu Q yang panjang cam di The Garden atau One Utama.

 

 

Salmon separa mentah tu kompom-kompom aku punya, sebab Puan Nunu dilarang keras melantak sushi semasa mengandung ni. Tapi kenapa ek? Yang aku tahu, sebab utama sushi ni tak elok untuk ibu mengandung adalah kerana ada sesetengah sushi ni dijadikan daripada daging/ikan yang mentah/tidak masak dan mungkin mengandungi bakteria yang berbahaya. Hmm..nantilah aku google sebab-sebabnya yang lain eh.

 

Jangan tak tahu, kat restoran jepun/sushi ni, bukan semua makanan tidak dimasak atau hanya sushi yang terhidang. Ni ha, TENDON! Natsukashii!! Ni la first makanan jepun aku semasa pertama kali menjejaki kaki ke Jepun, 10tahun yang lepas. Tendon adalah nasi putih yang dimakan bersama dengan udang tempura, terung, sayur-sayur lain..dimakan bersama dengan shoyu. Yang ini Puan Nunu dibenarkan makan sebab ianya adalah makanan yang dimasak panas-panas.. Burp, alhamdulillah…

** untuk fan Zanmai Sushi, aku rekemen Zanmai Sushi di Paradigm Mall ni daripada dok beratur panjang kat branch One Utama tu..takpon untuk area KL, boleh gi ke Zanmai Sushi yang kat Low Yatt tu..tenang sket..hehehehe.. 

Enjoice!

 

[ Ada blog boleh memilik Nexus 7 tablet!! ]

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “Burp@ Zanmai Sushi, Paradigm Mall

  1. Smpai bila2 pon x kan jd penggemar japanese/korean food. Huhu dulu pnah makan tendon tu ms team lunch beralah dngn x-coll while they knew me mmg kureng sket klu nk mkn mknan cmni. Mmg x selera. Heheh

Leave a Reply to mama tisya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *