March 19, 2024

Kerana Malas, Melepas Job RM15,000 !

Kami bersembang beriya. Kawan saya yang ini ada satu perangai yang saya sendiri tak suka namun susahnya saya nak bercakap tentang itu kepadanya. Bimbang benar dia berasa hati.

Tup tup dia buka cerita kisahnya sendiri. Nampak dirinya sugul dan tak bermaya. Saya biarkan sahaja dia bercerita. Kisahnya ialah beliau ini seorang juru video. Kerjanya bagus, terbaik dan sering mendapat pujian. Namun beliau bekerja mengikut mood.

Ramai pelanggan marah kerana beliau sering sahaja tidak mendapat kerja yang berpanjangan kerana satu-satu kerja itu beliau boleh siapkan terlalu lama. Sehingga ada yang mencecah berbulan-bulan.

Nak jadi cerita, beliau dapat tugasan mengambil video perkahwinan anak seorang VVIP. Selesai semuanya, beliau banyak kerja lain, orang rumahnya melahirkan anak dan beliau tidak ada mood untuk menyiapkan editing video tersebut. Selang beberapa bulan, akhirnya keluarga itu memarahi kawan saya ini dan barulah beliau siapkannya dengan baik.

Hasilnya bagus. Serius terbaik. Semasa beliau menghantar soft copy Salinan video itu, Dato tersebut memberitahu beliau yang jika beliau boleh siapkan video tersebut, beliau pasti boleh dapat job berpuluh ribu di syarikatnya.

Beliau tergamam dan memohon maaf berkali-kali. Namun semua itu sudah terlambat. Lebih beliau rasa terseksa ialah Dato tersebut memberi contact number orang lain yang dapat job tersebut, dan itu adalah kawannya sendiri.

Beliau pun pergi jumpa dan bersembang dan kata kawannya itu,

“kerja ini berbayar ke tak berbayar ke, kena buat sesungguh hati. Buang malas, buang penat, buang mengantuk, buat sahaja sampai siap. Aku terima job ni sebab kau je aku rasa. Dia agak marah dengan kau, sebab kau lambat. Aku boleh siapkan satu-satu video tu satu malam. Aku dah dapat 7 job setakat ini, 1 job dia kasi aku RM15K, alhamdulillah aku buat betul-betul.”

Kawan saya ini menekup muka dan beritahu penyesalannya itu.

Sungguhlah kawan-kawan, malas adalah perkara yang buat pintu rezeki itu tertutup. Sayang sekali kerana diri sendiri, banyak hal yang berubah.

Mungkin cerita ini boleh dijadikan panduan dan tauladan dalam hidup kita semua. Elakkan ianya berlaku dalam diri kita. Susah kita nak ramal rezeki kita, yang kita boleh lakukan hanyalah terus berusaha. Kalau tak, bila dah melepas job RM15 Ribu, baru kita sedar. Masa dah sedar, tak boleh buat apa-apa la kan..

Nak tahu lebih cerita lagi, boleh dapatkan banyak lagi perkongsian di link bawah ini.

Petikan 21 CMR:  https://bykhm.onpay.my/order/form/21cmr/736

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *