March 29, 2024

Honeymoon kali ke berapa?

Ada berpendapat, masa terbaik untuk berhoneymoon bersama isteri/suami tersayang adalah ketika mula hidup bersama a.k.a selepas sah diijabkabulkan. Selain itu, masa terbaik adalah ketika ‘selesai’ semua tanggungjawab asas sebagai ibu bapa..

 

My Ayah & Ummi di negara matahari terbit..

Sejak 2 anak mereka mendirikan rumahtangga, seorang sedang berjuang untuk bergelar guru dan yang bongsu baru sahaja melanjutkan pelajaran di Uitm Segamat, My Ayah&Ummi menghabiskan masa berdua di teratak kami di Besut. Aku pasti, terdetik rasa bosan, almaklumlah sebelum ni ada adik bongsu aku sebagai peneman..jadi, untuk bulan ini, biarlah mereka berhoneymoon di Jepun sambil melawat cucu pertama mereka yang baru sahaja dilahirkan 2hari sebelum Aidilfitri yang lepas, Amanda Qaisara..

 

Harap-harap sebulan di sana, umi dah terer wat sushi. Takyah aku ngan Puan Nunu ke Sushi King lagi time bonanza RM2!

 

Ayah akan kembali ke Malaysia pada hari sabtu nih dan umi akan ada lagi sebulan di sana, kompom fluent ‘nihongo’ balik nanti..nihon go ga jouzu ne~ OMG!

 

 

aii..seronok nampak..jangan tak tahu, anak-anak yang tinggal kat Malaysia ni lak yang dok merindu esp si Ina(3rd sister) sebab tak dapat balik masa hujung minggu..

Apa-apa pun, sebagai anak, kami sangat bahagia bila melihat umi&ayah dapat spend masa together… betul tak fayu,ina & uha??

Umi&ayah, Happy Honeymoon & we Love you!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

20 thoughts on “Honeymoon kali ke berapa?

  1. seronoknya dapat tengok mak ayah pergi honeymoon happy-happy…mak ayah saya taknak pergi honeymoon..seronok bercuti dengan anak-anak pulak katanya…

  2. Masa2 emas beginilah sesuai utk mereka menikmati waktu2 bersama..dah x perlu susah ati pikirkan tentang anak2 sbb masing2 dah ada hidup sendiri

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *