October 12, 2024

10/2/2016 – Terima kasih sekali lagi.

10 Februari datang lagi..

Rasa sekejap je setahun berlalu, rasa baru semalam aku update blogspot Terima Kasih Semua ini. Salah satu tanda akhir zaman, terasa masa sangat cepat berlalu kan?

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semuaaaaaa yang PM, Whatsapp, komen di FB Timeline & wish birthday aku. Tak habis membalas lagi sampai sekarang ni. Sedikit sebanyak berjaya mengurangkan ketidakselesaan demam aku dengan suhu mencecah 38 darjah Celcius.

Nasib baik, semalam ofis tutup sempena Hari Jadi aku. Kahkahkah..jadinya dari pagi ke jam 2 petang aku membongkang je. Kalau difikirkan, selain sakit ni penghapus dosa kecil, boleh gak manja-manja dengan bini kan. Mana taknya, makan minum semua, bini yang siap bawa naik ke bilik dan hidang atas tilam..hahahaha..jam 2 baru ke klinik, dan ambil injection sebab dah tak tahan sangat ngan panasnya, sakit-sakit sendinya. Harap-harap cepat baik dan bukan disebabkan denggi!

Membongkang atas katil pun, masih dapat hadiah besday ok. Tenkiu wife & mak&ayah mertua..cuma surprise daripada wife terpaksa dikanselkan, kata dia..dalam hati, aku berharap, suprise itu tak kansellah kan, cuma ditangguh! hahahaha

BTW, ni entri pertama aku di umur baru!

Note: Doa aku, semoga ‘umur’ kali aku berjaya isikan dengan saham-saham dunia & akhirat dengan lebih hebat!..-JMR

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “10/2/2016 – Terima kasih sekali lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *