December 7, 2024

Polisi insurans individu untuk pekerja oleh majikan.

Korang ada kawan yang jual insurans. Bila dia ajak lepak minum, mesti korang terfikir yang dia ni nak promot insurans/pujuk belik insurans yang dia jual. Kan?

Mentaliti individu susah nak diubah, terutamanya bila dah ‘diwarisi’ daripada generasi sebelum ni. Kalau pakcik makcik kita cakap ‘insurans ni menipu semuanya’..maka 70% mentaliti anak-anak sedara akan mewarisi statement ini. Biasalah tu. Eh..aku bukan nak jual insurans sebab aku bukan ejen. Sekadar berkongsi pendapat&pengalaman selepas bermeeting dengan ejen insuran kompeni kami, Jumaat lepas.

Majoriti kompeni swasta akan ambil polisi insuran secara berkumpulan untuk staff mereka, lagi teruk ada kompeni tak ambil langsung. hehe..alhamdulillah, memandangkan kompeni aku ni menjalankan bisnes dalam industri minyak&gas, yang sentiasa berdepan dengan risiko, its good to give all this benefits to staff..yela, kalau gomen takpela kan, sekurang-kurang anything happens, rawatan ditanggung. Ramai yang masih kurang sedar tentang kelebihan mengambil polisi insurans ni.

Sekadar perkongsian. Ada sorang Sr.technician di ofis aku, usia lebih kurang 50-an. Akhir bulan 6, buat medical check up di Institut Jantung Negara selepas rasa tak selesa dengan pernafasannya. Selepas selesai stress test, doktor saspek dia mengalamani masalah jantung dan  dinasihatkan oleh doktor untuk proceed dengan endogram untuk check details masalah sebenar jantungnya. Untuk proses ini, IJN perlukan RM30,000 sebagai deposit. Kos ini mungkin kurang, atau mungkin lebih bergantung kepada keadaan sebenar. Banyak giler kot. Kalau gomen staff, mungkin boleh dapatkan GL. Tapi pakcik ni, memang staff kami dan anak-anaknya pun takde yang kerja kerajaan. Tapi nasib baik, insurans syarikat dia lulus 9bulan lepas dan layak untuk gunakannya tapi perlu keluarkan duit 1sen pon.

Endogramnya dilakukan di Hospital Gleaneagles dan dia perlu segera melakukan pembedahan bypass. Dalam masa seminggu, dia selamat menjalani pembedahan dengan kos sekitar RM70,000..sebijik kete import boleh dapat ko!

Bayangkan kalau dia takde insurans apa-apa. Macam mana nak setelkan masalah ni? Daripada ‘lesson learnt’ nilah, sumer staff kompeni mula sedar kepentingan insurans ni. Setidak-tidak dapat meringakan beban kan?

So kepada pemilik-pemilik perniagaan yang melibatkan urusan kerja berisiko yang tinggi/tidak, aku sarankan fikir-fikirkanlah sumer ni. Lagi banyak korang memberi, insyaAllah lagi banyak kamu akan dapat.

Nota: Aku bukan ejen insuran. Tapi kalau nak, aku boleh rekemenkan beberapa ejen yang komited.

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *