September 28, 2020

Sedapnya Nasi Bukhari

Nasi Bukhari. Korang pernah makan?

Aku selalu gak, tapi yang selalunya, umi aku yang masakkan. Katanya resipi turun temurun daripada nenek aku. Nasi Bukhari yang aku maksudkan, nasi yang ditanak dengan rempah-rempah tersendiri, dan dimasak sekali dengan daging/ayam bersama. Pendek kata, daging/ayam tu masak bersama dengan nasi yang dicampur dengan rempah-ratusnya dan dihidangkan dengan dalca. Yang ni, nasi bukhari versi umi aku le kiranya.

Last week, aku berkesempatan ke bazar ramadan damansara damai. Tujuan utama pon nak mencari nasi bukhari yang selalu ofismate aku ceritakan sejak awal ramadan. Katanya sedap giler. Ok, fine. Senang je nak cari lokasi gerai nasi bukhari kat situ. Betul-betul depan Shell bazar ramadan tu. RM6 untuk lauk daging, ayam masak merah dan sedikit kauh dal. Ok la kan untuk seorang makan.

Burp..boleh tahan sedap. Boleh beli lagi. At first, was-was gak nak makan daging nih. Bukan pe, biasanya kalau aku membeli di param ni, selalu terkena masakan yang tak elok. Jawabnya, kat ofis pagi esok mula le memberak membawa ke petang. Mungkin di gerai ni, lauk daging&ayam masih baru dimasak dalam kawah besar di gerai mereka. So, takdela nak tercemar dan memudaratkan pembeli.

Hmmm..petang ni nak cari juadah apa lak nak berbuka ek?..wahh..baru jam 9 pagi dah berbicara soal makan nih..kihkihkih:-p

**yey, minggu ni minggu last berbuka di perantauan:-)

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “Sedapnya Nasi Bukhari

  1. Pingback: Al-fatihah buat pembuat nasi bukhari.. |
  2. saya ni adk kpd tuan nasi bukhari yg d ceritakan d atas,d sini sy ingin mklumkan,thn ini tiada lg la nasi bukhari tu boz abg sy dah kembali kpd yg maha pencipta pd thn lps d sbab kmalangan..al fatihah……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *