March 29, 2024

Gadjet Terkini : controller Real Steel !

Kalau orang tanya, apa gadjet yang menjadi idaman aku sekarang ni..sila ushar gambar kat bawah. Tenung lelok. Tu la jawapan dia..sangat kewl kan..

 

Sapa kenal gadjet ni? Eh gajet ke apa sebenarnya nak panggil alat ni ek? Sebenarnya benda ni aku jumpa masa attend training kat Subang Jaya last week. Nama dia Hart475 Communicator. Sangat kewl. Terus teringat movie Real Steel. Controller robot eh? Ingat nak angkat satu letak kat rumah, skali bila check harga, amik ko, leh wat downpayment beli rumah sebijik. Tak baik membazir. Terus kansel..kahkah

 

Complete demo set untuk sesapa nak tahu lebih detail pasal sistem yang dibuat oleh kompeni ni. Aku pon tak berapa nak familiar sangat. Tapi bila trainer tunjuk-tunjuk sambil mengajar, aku angguk-anggukkan ajo..hikhik

 

Sebenarnya kat depan tu, ada sorang awek trainer dok bersungguh-sungguh bercerita. Ada kat bawah meja, ngah amik pen yang terjatuh..hahaha. Bila dia bersyarah, semua cam angguk tanda faham je. Tapi, bila time rehat, sumer geleng-geleng kepala..hehehe..aku kalau attend memana training, kalau amik masa 5 jam, 2jam leh konsentret, yang baki masa tu, memang ke laut le jawabnya..

Pape pon, aku tetap suka attend training. Selain dapat macam-macam ilmu, dapat juga makan macam-macam..kahkahkah…

** Kat kompeni korang, ada banyak training tak? Suka join??

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Gadjet Terkini : controller Real Steel !

  1. phewww boleh beli sebiji rumah.. tunggu aku beli 3 biji rumah dulu baru ler beli benda ni… eh aku nak buat apa dengan benda ni? kekekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *