March 29, 2024

Mochi Sweets..kunyah-kunyah telan..

Pejam celik pejam celik, dah nak habis cuti hujung minggu edisi pertama di bulan Disember 2011 kan. Bosan la kan kalau hujung minggu sekadar dihabiskan dengan tidur, bangun, tidur, makan je kan. Jadi, Sabtu semalam, separuh hari aku dihabiskan di The Garden&Midvalley bersama Cik Nunu, jalan-jalan cari makan dan juga cari-cari barang hantaran..dan bulan Disember ni kan, dah perlu start melakukan persiapan..hukhuk..

Masa jalan-jalan, pusing-pusing, terjumpa lak kiosk Mochi Sweets:Japanese Luxury Deli  yang baru je dilaunchingkan. So, sempena perlancaran kiosk tu, ada la diskaun 50% untuk first 222 person. Belum je aku sempat ushar mochi apa yang best, tup-tup Cik Nunu dah siap Q..bagus..baru aku ingat, feveret dia benda mochi nih..

Opening Sale hanya untuk 3 hari ajor. Ada kat tengah-tengah The Garden tu, betul-betul kat depan EDC store. Kalau beli masa Opening Sale ni, untuk 6 bijik boleh dapat RM12, dah RM22 untuk 12 bijik. 50% la lebih kurangnya kan. Dan kalau beli sebijik-sebijik, kena RM3.50 / RM4..so memang berbaloi-baloi la kan.

 

Punyalah ramai yang dok beratur nak membeli. Setiap customer boleh beli satu kotak je, takleh beli lebih-lebih. Ok la kan. Kitorang grab yang kotak 6bijik je..

 

Ni la rupa mochi tu. Sebenarnya mochi ni adalah kuih tradisional orang Jepun yang diperbuat daripada beras berkanji/berpulut. Inti kat dalam mochi ni lak ada macam-macam, ada red bean, potato, cokelat dan macam-macam lagi. Bila makan tu, ada rasa-rasa liat, manis-manis dan macam-macam lagi woo. Sedappp…~

Untuk korang yang penggiler mochi ni, leh terjah kiosk diorang. Aku rekeman! Series sedap weih..layan weih kunyah mochi ni, sambil drive pon leh kunyah-kunya, terus telan! Burp…

kahkah..

oh ye. kiosk Mochi Sweets ni pon ada kat Pavilion gak kan..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “Mochi Sweets..kunyah-kunyah telan..

  1. cik nunu dan sushi tak blh berpisah..hu2x..skrg ni tambah lagi product baru kesukaannya..he2x..dia kena sawan kot !!

  2. aku pegi juga semalam dekat MID valley tu.. asal tak jumpa ko bro.. hehehe.. aku g bawa cik malarang makan laksa dekat JUSCO.. dah tu pusing cari pasal.. hehehe

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *