Dah setel 5 Ramadan ni. Maknanya aku dan korang dah selamat berpuasa selama 5 hari. Kalau tak cukup, memang ko tak selamat la tu.
Selama 5 hari ni gak, dari jam 6.30petang hingga 7.20petang, macam-macam status fesbuk yang dapat aku baca. Kat sini aku senaraikan 9 status fesbuk yang glamer untuk panduan & pedoman korang.
Status dia 1 : ” uwaa..lagi sejam nak berbuka, lambatnya…”
Aku komen : ” dah tu, pegi le makan skang, apa tunggu lagi…”
Status dia 2 : ” Nak berbuka dengan apa ye? ”
Aku komen : ” Dengan tapak kasut masak tiga rasa mau..?”
Status dia 3 : ” Uolss masak apa petang nih? ”
Aku komen : ” Masak megi kari masak lemak & naget celup tepung ”
Status dia 4 : ” Yey, hari ni dapat berbuka dengan pakwe baru!!! ”
Aku komen : ” Eh eh, mamat tu pakwe ofismate aku..sama lak kan..”
Status dia 5 : ” Menu berbuka aku – nasi tomato, ayam percik, murtabak daging, roti john bla bla bla..”
Aku komen : ” kompom separuh ke dalam tong sampah…”
Status dia 6 : ” Hari ni berbuka di Masjid Darul Salam….alhamdulillah ”
Aku komen : ” Solat Jumaat susah giler nak nampak batang hidung lu kat masjid der…. ”
Status dia 7 : ” Mintak ayam goreng, dapat ayam percik 3 rasa, rezeki ramadhan…”
Aku komen : ” ..lu mintak selipar jepun, mesti dapat kasut Nike ”
Status dia 8 : ” Tiba-tiba rindu masakan mak.. ”
Aku komen : ” Dah tu apsal ko dah tak balik 2 tahun?? ”
Status dia 9 : ” Abang jual air cendol kat bazar teww sangat cuteeeeeee..”
Aku komen : ” Abang itewwww adalah GAY….”
9 cukuplah..lain-lain tu korang leh ushar sendiri kat fesbuk memasing.Takkan sumer nak kena aku suap kan..
Aku nak gi pukul budak main mercun bola jap. Baru pose ke-5 dah memekak. Cilakak!
status 10: arini kite nak g bazar mana plk ye..?? 😉
kat mana ko jumpa status tu bro????
hehe.. macam2 gelagat status puasa ni..
gelagat yang memeriahkan suasana kan..:-)
dah berjaya akhirnya…hikss…tq
congratz!!!:-)
yehhhh, berjaya suda…dapat link kan da balik kat bloglist…tq..
nak url saya gak ker??
http://cintazulaikha-ummi.blogspot.com
ganas…ganas..jgn dipukul bebudak tu…diaorg nak enjoy..cam kite kecik2 dulu..hehe..
cuba diajar cara main yg betul dan selamat..moga2 mereka selamat…kan..
pukul pukul manja je..tang nak mengajar tu yg susah sikit kot..hehehe