September 29, 2020

Jemput-jemput Jepun itu TakoYaki

Last Sabtu, pas attend Majlis Perkahwinan member aku, Azed & Fadhlina, di Wisma LJT, Wangsa Maju, sempat singgah sebentar di Wangsa Walk. Since dah lama tak ke sana, syok gak singgah kali nih. Dah makin berkembang Wangsa Walk berbanding mula-mula bukak luh. Food court pon dah dibuka, since bila wa tarak tahu. Pedulik..

Sempat singgah di food Court untuk tea break. Penat gak tawaf sepanjang Wangsa Walk tu kan. Biasanya time tea break ni, orang pekena teh tarik ngan roti bakar. Tapi aku tukar selera sket, takde roti bakar, bukan jemput-jemput pisang, tapi Jemput-jemput Jepun. First time aku dengar perkataan Jemput-jemput Jepun nih. Atau nama Jepunnya, Tako Yaki. Biasa leh dijumpai di Jusco, tapi kali ni versi baru bagi aku. Apa lagi, haruslah dicubakan..

 

RM4 untuk 5biji. Ada isi ayam, ketam, octopus atau mix sumer. Saiznya agak kecil berbanding di booth TakoTao JJ..

 

Tapi kalau untuk perbandingan rasa&sodap, yang ni lagi sodap bagi aku. Series..bukan sebab aku lapar..

 

Booth versi Jemput-jemput Jepun di Wangsa Walk. Kalo tengok di bunting tu, di Central Market pon ada gak. Celah mana, wa tarak tao…

Burp……

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Jemput-jemput Jepun itu TakoYaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *