March 28, 2024

Nasi Goreng Ayam Berempah + Kuew Teow Goreng Basah @ Jom Bali

Makan untuk hidup dan hidup untuk makan. Bosan juga kalau hari-hari hidup adalah hari-hari makan untuk hidup. Hidup hari-hari untuk makan, dan makan hidup-hidup untuk hari-hari.

Apakah perlu aku makan hari-hari semata-mata untuk hidup hari-hari, bukannya untuk hidup hari untuk makan hidup-hidup? dem..aku lak tak faham…

Nasi Goreng Ayam Berempah + Kuew Teow Goreng Basah, sudah cukup untuk pembuka selera di hari minggu. Bukan char kuew teow tu ye dik, ini healthy food sket sebab takde kolestrol yang berlebihan.

Pandai-pandai je ye. Aku agak-agak je. Outlet “Jom Bali” ni bertempat di TESCO sebelah e@Curve, Damansara ni menyediakan masakan ala-ala Bali, katanya. Since aku taknah berada di Bali, so aku percayakan ajer yang ini sumer memang masakan dari sana.

Tak kisah, janji cukup masin,cukup manis, agak-agak sodap, dan potionnya yang agak besar, memang aku layankan ajer. Oh ya, lagi satu yang penting, janji HALAL.:-)

Must Try Drink kat sini adalah Ribena Longan, cukup masam, cukup manis. Yang bandung cincau kat sebelah tu of kos bukan aku yang punya, itu partner yang teman aku makan di setiap hari Jumaat malam Sabtu. Agak tak faham, kat Mesia pon order bandung, kat Bali pon order Bandung gak.

Dan menjadi persoalan, air bandung tu perlu kaler pink? Pergi la memana pon kat pelusok dunia ni, kalau air bandung tetap kaler pink, tak pernah pula aku jumpa bandung kaler pepel ke, biru ke….ada korang tahu kenapa bandung itu kaler pink???

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Nasi Goreng Ayam Berempah + Kuew Teow Goreng Basah @ Jom Bali

  1. waaaweee mmg mabeles lorrr..

    saya rasa asalnya air bandung kaler pink sebab dulu ada pekerja dr bandung ni tersilap buat air sirap sbb air sirap tu dia campur susu. memandangkan kan air tu sedap dan takde nama lg so bos dia bg nama air bandung. amacam ok x hehe.. so smp sekarang air bandung kaler pink je sebab sirap pun warna merah je xde sirap purple biru oren dll.

  2. Err..kalo kaler lain, tak de orang nak order kot!Kalau kaler biru, nnt nama dia jadi BALU la pulak!

Leave a Reply to Lagenda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *