March 29, 2024

Teater Musikal TERIMA KASIH CINTA di ISTANA BUDAYA

..first time diajak ke pementasan teater Terima Kasih Cinta pada hari pertama di Istana Budaya, agak tidak teruja berbanding dengan teater CUCI The Musical sebelum ni. Bukan sebab tak minat dengan barisan pelakon, tapi disebabkan hari pertama. Sebab bagi aku, teater ni bukan cam filem, sebab bila lagi lama tayangan, lagi almost perfect punya show. Dah namanya pementasan secara langsung kan..OK, itu pre-judgement aku yang bersifat prejudis..kahkah..kita layan luh la kan..
Rata-rata pelakon masih baru dengan pementasan teater kecuali Safura selaku otai yang disegani. Penyanyi era 70an, Latif Ibrahim juga terpilih sebagai watak utama selain daripada Faradhiya, Shajiri, Deja Moss, Norish Karman, Nadia Aqilah, Tony Eusoff, Anding, Diddy & Vince. Juga turut terlibat dalam pementasan teater musikal Terima Kasih Cinta adalah, Leya HotFM, Nabil D’Zulkifli, Akma AF, Elliza Abd.Razak, Fitri Hiswandy, Mohd Qhaud dan lain-lain. 
Even teater ni adalah besday treat daripada sorang blogger gak, tapi tak kira, tetap aku nak komen gak, lebih-lebih lagi tang prop yang digunakan kat atas pentas tu. Bagi mata aku, jelas nampak kaco bilau dan kelam kabut berbanding dengan pementasan teater yang pernah aku layan di tempat yang sama,Istana Budaya, pentas bertaraf antarabangsa, katanya…tu belum lagi aku nak bad komplen pasal seat yang tak cukup untuk panjang kepala lutut aku, kata bertaraf antabangsa kan, kenala guna saiz panjang kaki sama ngan John, Smith atau Ronald..kan..kan..kan?kahkahkah..
So far,  pementasan berjalan lancar, alah kalo audio probelm sikit-sikit tu, kira cincai la kan. Dah namanya malam pertama kan?kihkihkih..tapi seriously, watak yang paling aku suka pada malam tu adalah watak yang dibawa oleh Latif Ibrahim yang berpenyakit Alzheimer dan Safura. Menjadi okkey sampai pecah perut, dah namanya ‘orang lama’ kan..
TERIMA KASIH CINTA…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Teater Musikal TERIMA KASIH CINTA di ISTANA BUDAYA

  1. siapa yg nak rehatkan minda, berhibur dgn tema cinta digalakkan menonton teater ni. jln cerita menarik dan pilihan lagu yg tepat. cuma terkilan sedikit kurang org menonton teater ni. org kita x support ke local scene????

  2. wah,meriah..eden pun ada diajak,tapi tak dpt nak pi atas sebab tak dapat dielakkan…..mana gambar bro dengan norish karman?

Leave a Reply to CintaZulaikha Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *