Argh..rasa syok pula berkongsi resipi masakan yang aku masak sepanjang Perintah Kawalan Berkurung (PKP) ni. Mula-mula buntu akal juga memikirkan idea aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang masa ni. Asyik membelek henfon membaca benda-benda berita tak sah setiap hari pun tak elok juga. Baiklah aku belek page atau perkongsian resipi yang mudah dan nampak sedap.
Kalau sebelum ini aku hanya membelek resipi dan gambar masakan, alang-alang dah ada masa terluang sekarang, aku bangun, cari bahan dan terus ke dapur. Asalkan benda yang melintas di mata aku nampak sedap, resipi pun nampak macam boleh jadi, aku cuba saja.
Hari ini melintas resipi Sardin Roll yang mudah dan sedap. Sebenarnya Sardin Roll ni pernah menjadi makanan kegemaran aku suatu masa dahulu. Dah lama. Masa zaman sekolah menengah dulu dulu. Pernah la juga umi aku buat kat rumah, tapi biasalah, budak jantan mana nak join sangat aktiviti kaum wanita kat dapur. Sejak kena kurung dalam rumah sekarang ni je aku mula aktif gila..haha..Resipi Sardin Roll ni pun aku dapat bila sepupu aku ‘share’ di wall dia. Bukan dia punya, tapi orang lain punya. Aku jadikan resipi asas, then aku adjust ikut bahan yang ada kat dapur.
Resipi Daddy: Sardin Roll PKP
Bahan Kulit Sardin Roll
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar Buttercup. *
1 senduk minyak masak *
(Panaskan marjerin dan minyak masak sehingga cair)
Cubit sedikit garam dan campak ke dalam segelas air. Kacau sehingga garam larut.
Cara-cara
1. Campurkan minyak dan Buttercup (ni lebihan buat kek batik, nak guna marjerin pun boleh kot) yang dicairkan tadi ke dalam tepung dan gaul guna sudu. Hati-hati benda liquid panas ni. Boleh melecur tangan tu!..Agak-agak suam baru aku berani gaul guna tangan sebati melekit-lekit.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh tak melekat dan tak terlalu keras dan terlalu lembut..(agak2 sndiri ye ) Kalau rasa lembut sangat, jangan cuak. Tambah je gandum sedikit lagi.
3. Ambil segenggam kecil doh dan bulatkan adunan..canai nipis dan lorekkan dgn pisau bahagian atasnya (rujuk gambar ) Genggaman tangan lain-lain saiz ye. Aku punya bapak besar (tengok gambar dah masa kat bawah tu), Danish pula kecikkkk sangat. Terpaksa la jadikan dua genggaman dia sebagai satu.
4. Ambil sesudu inti dan letakkan inti di bahagian bawah dan lipat. (rujuk di bawah untuk bahan inti)
5. Gulung dengan kemas dan sapukan dengan air dipenghujungnye supaya tak terbuka. Dah setel, campak je ke dalam kuali minyak panas. Goreng hingga warna keemasan.
Bahan-bahan Inti
1 tin sardin. Ambil isi ikan saja dan hancurkan.
Hiris 1 1/2 biji bawang besar.
Cincang 2 ulas bawang putih
Ambil cili boh atau cili kisar 2 sudu (nak pedas, letaklah banyak sikit. Akunyer sebab ada Dayyan & Danish je)
Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Tu je sebab kitorang memang haram guna serbuk perasa/Aji.
Perah sedikit lemon bagi rasa masam masam sikit.
Cara-cara.
- Panaskan kuali dan minyak tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan bawang layu
- Masuk cili kisar masak hingga garing dan masukkan isi sardin td.
- Kacau selama 7,8 minit..masukkan garam,serbuk perasa dan gula..kacau lagi sktika.
- Bila dah hampir kering tutup api dan perahkan lemon dan gaul bagi rata.
Walla!
Tak de la susah sangat pun nak masak sendiri Sardin Roll ni. Dengan 3 cawan tepung, dapat lebih kurang 20 biji Sardin Roll. Dah tu, dapat pula sardin roll dengan isi sardin padat, ketat dan sendat. Kalau beli Sardin Roll di kedai sebanyak 20 biji tu, lebih kurang RM10 diperlukan. Silap-silap sardin seciput, bawang lebih dan berkulit tebal. heheh..
Aku kira-kira kos untuk buat Sardin Roll PKP dengan bahan seringkas ini, modal yang diperlukan sekitar RM6 sahaja. Apa lagi yang korang nak? Makan je lah!