March 29, 2024

Travelog di Awal Tahun – Doha International Airport

Waktu Malaysia: 7.21pm
Lokasi : Doha International Airport – 2.23pm
Salam..
Eh hari ni ramai yang cuti kan. Best tol korang..tetiba terasa jeles dan terindukan tilam kat rumah aku. Pagi-pagi tadi dah kena bangun. Pagi tu lak pagi sebelum azan Subuh. Terasa kagum lak ngan kemampuan diri sendiri sebab berjaya bangkit sebelum ayam berkokok lagi. Eh, kat area rumah aku kat Damansara tu, dah lama tak dengar ayam berkokok la, pagi-pagi dah dengar sore budak melalak. Melalak lak pelbagai irama. Kekadang cam tensen giler ngan life kat situ..huhu
Sekarang ni aku ngah lepak ngan MD kat DOHA International Airport sementara menunggu flight selanjutnya ke London, jam 4.35petang, lagi 2jam. aku dah mati kutu ni weih. Dah la berdua je biz trip kali nih. Dah tu ngan bos lak. Kalo ngan geng sendiri best gak. Eh, ngan bos aje pon best gak, dollar segala bagai leh simpan je..kahkah..sabar jela, buhsan pon buhsan la. Dalam flight tadi pon dah 7jam, 5movie aku layan. Seb baik premierre movie yang ada tu banyak lagi yang aku tak tengok..Setel 7jam, lelap 20minit je..huhuhu..pasni tambah jam lagi b4 sampai London..sejuk ke kt sana ek skang nih? org cakap unpredictable nyer cuaca..dah la aku tak prepare winter wearing properly. Main sumbat je apa yang ada. 
Ginilah nasib kalau last minit preparation. Erm..takleh salahkan aku gak, coz bos yang inform last minit. Aku rasa jarang ada company yang wat site visit jauh nak mampus gini, last minit baru inform staff. Lusa nak fly, hari ni baru bagitau betol-betol. Memang terbaik la. Documentation segala bagai pon, memang aku main sumbat je la. Bawah je 2,3 ext.hardisk, sampai sana baru kita cari balik, dok gitu..Kalo miss pape, nasib la kan..bukan salah aku 100% la kan..kahkahkah..
Apa la yang aku membebel petang2 ni kan. Takde menda nak buat, ginilah. Bos layan kedai-kedai duty free, aku kena jaga barang-barang dia. Banyak cantik…So, untuk update aku selama seminggu ni, memang aku ingat tak nak letak gambar. Laptop ni takde software yang leh kecikkan saiz gambar. AutoCad adalah, boley?  Nanti dah balik sana, baru aku letak pic-pic yang aku suka, korang tak suka, tu aku tak reti nak jawab la kan. Kiranya ni macam aku nyer travelog aku sendiri untuk biz trip, di awal 2011..huhhh..
Lagi 2jam untuk next flight. Apa aku nak buat nih ek??..snap gambar awek pelbagai bangsa pon layan gak nih..kahkahkahkah…
cik nunu, tumpang lalu…~

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

14 thoughts on “Travelog di Awal Tahun – Doha International Airport

  1. kasi belasah je jmr ni cik nunu!!!
    berani dia usyar awek pelbagai bangsa??
    Haiyakkkkkkk..terjahan padu ditujui ke ginjal jmr!!

  2. ahahha gune autocad la jmr. ahahah autocad je ke yg ada…nasib la hai…

    tp betol kan, kalu travel jauh2 dgn bos, serius dollar simpan utk shopping jer, mkn train bagai seme bos byr. mcm hany dulu r, pepagi hany siap awal2, jap lg bos kol ajak turun breakfast, for sure boss byr.hohoho.

    eh hany dulu pergi boston jer, sronok tidoo je dlm flight 😉

Leave a Reply to Lagenda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *