March 19, 2024

Sebelum Diterima Bekerja, Ini Yang Mahasiswa Boleh Lakukan Untuk Persiapkan Diri.

Fuh, minggu ni genap 5 tahun aku “makan gaji” di syarikat aku bekerja sekarang ini. Ini syarikat ke-5 aku diterima bekerja sejak graduasi.

Semua tempat ini aku terima selepas melalui proses “submit” CV dan temuduga tanpa sebarang “kabel”. hehe..

Jika dibandingkan proses mencari kerja, tahun-tahun sebelum ini lebih mudah berbanding hari ini. Dulu, graduan tak ramai. Tetapi hari ini, perebutan mendapat kerja sangat kompetitif.

Majikan juga sudah memilih. Mereka melihat individu yang dapat untuk temuduga sebagai satu asset yang bakal memberi keuntungan dalam jangka masa panjang kepada bisnes mereka.

Apakah Yang “Mahasiswa” Boleh Lakukan Untuk Persiapkan Diri ketika masih di bangku universiti?

Pertama, individu kena fahami bahawa 85% kejayaan dalam kerja ditentukan oleh “soft skills”. Contohnya, kemahiran berkomunikasi, bahasa, perundingan dan lain-lain. Lagi 15% ditentukan oleh kemahiran teknikal.

Sekiranya keputusan ijazah kita di tahap terbaik (CGPA3.99) tetapi tiada kemahiran berkomunikasi dengan baik, apatah lagi kemahiran teknikal kurang, pun susah untuk diterima bekerja.

Kedua, penguasaan Bahasa Inggeris. Walaupun ada pendapat yang membandingkan negara Jepun tidak mementingkan bahasa Inggeris pun boleh maju, tetapi hakikatnya ia tidak berlaku di negara kita. Bahasa Melayu penting, tetapi seseorang yang boleh berbahasa Inggeris dengan fasih akan lebih disukai oleh majikan.

Sesi FAT di The Netherlands bersama Principal.

Bagaimana nak menguasai Bahasa Inggeris? Salah satu cara untuk menguasai bahasa adalah dengan menggunakan bahasa tersebut dalam percakapan harian kita. Berkomunikasilah menggunakan bahasa Inggeris. Jangan malu buat silap. Buat silap dan belajar daripada kesilapan itu. InsyaAllah, lama-lama pandai.

Ketiga, aktiflah dalam aktiviti persatuan. Jangan malas untuk join aktiviti yang dijalankan oleh persatuan. Melalui aktiviti ini kau orang akan belajar menjadi pemimpin, membina keyakinan diri, asertif dan berkomunikasi dengan semua golongan (senior/junior).

Tak ramai yang ada kemahiran asertif. Apa itu Asertif?

Asertif ialah keupayaan seseorang individu menyatakan apa yang ada dalam fikirannya sama ada positif atau negatif. Individu yang bersikap asertif akan menyatakan sesuatu perkara melalui dua cara iaitu lisan dan bukan lisan.• Manakala mesej yang dinyatakan adalah secara berterus terang dan ianya mudah difahami oleh penerima mesej. Penerima mesej tersebut akan merasa selesa dan dihormati.

Keempat, bina Networking. Daripada aktiviti berpersatuan, kau orang ada peluang untuk membina hubungan dengan pemimpin politik, pemimpin pentadbiran dan pemimpin dalam bisnes/korporat. Untuk makluman, ramai orang mendapat kerja bukan melalui iklan, tetapi daripada ‘recommendation‘ orang yang pernah berurusan dengan mereka. Rezeki masing-masing kan.

Kelima, kena fahami, bukan hanya kita ada Ijazah, ramai orang turut ada ijazah. Ambil kesempatan untuk cepat-cepat dapat pekerjaan pertama dan kedua. Jangan memilih. Ini akan dijadikan batu loncatan untuk menimba pengalaman dan membina networking. Dari situ, cuba ‘lompat’ ke pekerjaan yang memberi “sesuatu” yang lebih baik.

Keenam, berhentilah menjadi seseorang yang hanya suka komplen dengan setiap apa yang terjadi. Tak kena sikit, terus update kecam di Twitter, orang tu salah sikit, terus makin hamun di Facebook. Perbuatan itu pasti menjadi “habit” yang sebati dalam diri dan menyuburkan jiwa yang negatif dan jiwa yang penakut. Lama kelamaan perkara itu sebati dalam diri dan mendorong kau orang menjadi penikus apabila berhadapan dengan realiti.

Tak semua kerja dok atas kerusi empuk, dok dalam bilik berhawa dingin. Usaha keras. Stop compaint. Bersyukur!

Cukuplah enam perkara ini aku kongsikan di sini sempena genap 5 tahun aku di organisasi ini. Hahah..Ini pun aku ambil insipirasi daripada Tuan Norizan Sharif, seorang market explorer yang power.

Semoga kita semua dipermudahkan urusan harian dan setiap keputusan yang kita ambil adalah tepat dan betul.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

20 thoughts on “Sebelum Diterima Bekerja, Ini Yang Mahasiswa Boleh Lakukan Untuk Persiapkan Diri.

  1. Panduan yang sangat berguna dan bermanfaat untuk graduan yang ingin mencari pekerjaan. Paper qualification dont mean a thing these days, you got to show you’re outstanding, better than the rest

  2. wahhhhhhhhhhhh thank you abang jamar atas perkongsian ini. Menguatkan onie untuk lapor diri kerja ditempat baru nanti. Moga ini juga bermanfaat buat fresh grad yang baru nak masuk kerja nanti 😀

  3. Thanks for the tips, I will share is with my friends who are going to join the workforce soon. Number 6 is so important, not only for those new worker but for everyone also. Stop complaining and start working.

  4. Soft skills mmg penting. Dulu ada seseorang menasihat sy tentang perkara ni. Kalau dah dapat kerja esok, mula2 bertahan 3 hari seterusnya sabar sehingga 3 minggu seterusnya 3 bulan dan bertahanlah 3 tahun. Sbb dia kata klu x jejak 3 tahun bekerja dlm satu sykt kita tak akan belajar apa2

  5. Bagusla abe.. Bagi tips ni dekt graduan.. Memg sekrg bukan sennag nak cari keje.. Walaupun result ok, tapi zero pasl kerja komunikasi pun tak bgus juga. Macam nad la.. Tu duduk rumah.. Ahhahaa

  6. good story to share. tapi memang betul semua skillyg JMR sebut tu.
    kena usaha lebih utk dapat kerja yang kita mahukan.. belajar lebih dan dapatkan lebih info untukdapat gaji yang diidamkan..bukan terus habisbelajar dah nak gaji tinggi.

  7. Bagus artikel JMR. Bella kalau suruh pergi temuduga sekarang pun memang rasa cuak+tak yakin. Apa yg disrankan memang betul. English nak kena bagus selain kemahiran komunikasi dan soft skill lain. Sekarang emang susah nak cari kerja. Bersyukurlah dgn apa yg ada sekarang. Huhu

  8. Perkongsian yang menarik.
    Sekarang ramai yang berebut mencari peluang pekerjaan.
    Sekiranya ada, capai je dahulu.
    Bab bahasa inggeris tu blh juga ambil class bahasa inggeris kan..

  9. setuju sangat,memang betul kita kena ada kemahiran dan kena aktif dalam apa juga program,bagus panduan ini untuk bakal2 siswazah..pengalaman tu penting…kena pandai2 la bawak diri bila dah graduate..jgn terlalu memilih sangat.

  10. Betul tu! Yang penting they all kena la juga ada sikap rendah diri dan ada semangat untuk belajar. Jangan la ingat bila graduate je anda tu bijak bestari menjalan kan kerja sampai orang ajar tak mau terima. Mesti pandai menyesuaikan diri di alam pekerjaan and tak bodoh sombong.

  11. betul tu, graduan era globaliasi sekarang ada skills lebih dari yang dorang belajar kat uni. tambah lagi peluang kerja makin terhad. orang kata, pengalaman lebih penting bukan sekadar lulus exam semata. nice sharing untuk adik-adik tengah study sekarang

  12. Panduan yang sangat berguna untuk para graduan yang baru dan juga lama..zaman sekarang persaingan sangat kuat jadi kita tak boleh sangat2 memilih kerja..apa salahnya bermula dari bawah..okay, all the best semua.

  13. wow thank you for the awesome tips. I agree soft skills is very important. such as to communicate with different kind of people. it’s something that must be learnt from experience I guess.

  14. sgt setuju terutama no 1,2 dan 5.
    grab job pe yg dpt,janji bersesuaian. jgn demand gaji dulu.
    better dpt keje, gaji rendah dari tak bekerja langsung. pada aida la.
    sebulan? setahun? 2 tahun? bertahan. kerana pengalaman is very priceless actually.
    then later, dgn pengalaman tu la kita demand gaji tinggi. in shaa Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *