Home Parenting Penyakit Ekzema Boleh Dirawat Atau Dicegah Dengan Kaedah Betul.

Penyakit Ekzema Boleh Dirawat Atau Dicegah Dengan Kaedah Betul.

by JMR
22 comments

Di sekeliling aku hari ini, banyak aku terbaca tentang anak-anak sahabat aku yang menghidap Ekzema. Ada juga kes yang melibatkan rakan-rakan aku sendiri yang sudah dewasa. Tertanya-tanya juga aku, apa sebenarnya punca Ekzema dan adakah peluang untuk mereka sembuh daripada penyakit ini?

Ekzema atau dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit) merupakan Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Ekzema – Boleh Dipulihkan Atau Takkan Sembuh Sampai Bila-bila?

Ada kenyataan yang aku baca cakap Ekzema ni satu penyakit yang takkan sembuh sampai bila-bila. Ada juga aku baca yang pemyakit Ekzema boleh dirawat dan pulih, cuma memerlukan masa bergantung kepada ‘kekuatan’ daya tahan tubuh badan pesakit itu sendiri.

Menurut Pakar Dermatologi, Dr. Kartini Farah Rahim, dianggarkan seramai lima hingga 10 peratus penduduk negara ini mengalami masalah ini.

Anak kecil berusia 5 tahun ke bawah lebih senang terdedah dengan Ekzema. Tanpa ibu bapa sedar, anak kecil dijangkiti disebabkan beberapa punca seperti di bawah ini:

  1. Tinggal di rumah yang berhabuk.
  2. Bermain dengan kucing yang ada kudis dan kurap.
  3. Terjatuh ke tanah dan luka.
  4. Bermain di tempat awam dan terbuka seperti taman permainan.
  5. Menggunakan kerusi bayi di pasar raya.

Cara Untuk Rawat Ekzema?

Ekzema adalah satu penyakit kulit. Namun, cara untuk menyembuhkannya bukan hanya bergantung pada sapuan krim sahaja. Perlu juga ubat makan yang disarankan oleh doktor. Paling penting, kena tahu apakah punca utama sebenar yang mencetus masalah ini.

Tips Kurang Atau Cegah Ekzema Secara Semulajadi.

  1. Mandi dan bersihkan badan secepat mungkin sekiranya terdedah kepada situasi yang boleh menyebabkan Ekzema.
  2. Selepas mandi, sapu badan dengan bahan semulajadi seperti tea tree oil, calendula dan echinacea. Pastikan tea tree oil dicairkan terlebih dahulu.
  3. Pastikan bahan sapuan yang digunakan itu selamat dan tidak berkuman.
  4. Sebelum bersih bilik/rumah yang berhabuk, guna kain basah yang sudah dicelup Kloroks supaya kuman akan mati dan habuk tidak bertebangan.
  5. Jika menggunakan vacuum cleaner, pasti bahagian yang keluarkan udara panas ditutup dengan kain basah. Atau guna sahaja vacuum cleaner yang menggunakan air.

Tips Kurangkan Ketidakselesaan Ekzema Pada Anak.

  1. Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
  2. Elakkan mandi air panas/suam.
  3. Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
  4. Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
  5. Elakkan dari fabrik yang kasar.
  6. Jangan gunakan sabun apabila mandi.
  7. Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
  8. Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

Ekzema di kalangan kanak-kanak biasanya beransur pulih apabila usia meningkat namun ada sesetengah kes yang kekal sehingga dewasa. Pesakit Ekzema (sama ada pulih atau tidak) lebih berisiko mendapat Ekzema pada masa akan datang. Dalam kes Ekzema yang tidak pulih, jangan berputus asa. Ada rawatan lain yang boleh mengawal ekzema dengan sangat baik.

Pada aku, untuk merawat atau mengawal Ekzema pada diri sendiri atau anak-anak, seseorang itu perlu ada ilmu. Belajarlah tentang penyakit Ekzema daripada mereka yang pakar. Berdiskusilah dengan pakar tentang punca sebenar Ekzema dan cara mengawalnya.

Belajar Mengenai Ekzema.

Ini peluang untuk korang yang sedang mencari peluang berdiskusi dan belajar mengenai Ekzema dengan doktor pakar dermatologi daripada Hospital Pakar Avisena, Dr. Kartini Farah Rahim.

Sesi kaunseling ini akan di adakan pada 8 Disember 2018 (sabtu) bertempat di Dewan Kayangan, Tingkat 1, Hospital Pakar Avisena Shah Alam bermula pada pukul 2.30 petang sehingga pukul 5 petang.

Daftar segera.

Tempat adalah terhad.

Percuma goodies bag dan sample pelembap dari penaja untuk setiap penyertaan.

Hubungi 03 5524 3877 untuk maklumat lanjut.

Hospital Avisena Shah Alam Ekzema

22 comments

ranjang tingkat terlaris December 7, 2018 - 5:08 pm

semoga yang terkena penyakit ekzema cepat sembuh kembali dan pulih seperti sediakala

Reply
Halimah December 5, 2018 - 2:21 pm

Kesian pd anak2 kecil yg kena ekzema nice, dorang mmg senang sekali kena sbb kulit baby dan kanak2, jd kena jg pemakanan dan kebersihan.

Reply
Alia December 5, 2018 - 1:11 am

Ekzema ni quite complicated… X senetsinya persekitaran ja.. Kadang2 pemakanan pun main peranan gak dalam myumbang ekzema ni. Tpi pling kesian kalau baby2 yg kena.. Aduhhh…

Reply
Ruby December 4, 2018 - 5:22 pm

Eczema ni memang merungsingkan ibu bapa. Tp kita yang tengok ni lg runsing sebab ibu bapa mudah percaya krim di pasaran dan produk oem. Sedang kan my eczema ni kena prescription doctor. Dalam masa yang sama jaga anak extra care. Kebersihan, habuk, mandi takleh guna sabun biasa. Pastu pampers jangan biar lama. Memang kena rajin. Elok la mereka pi klinik pakar kulit dan dapat kan ubat. Biar mahal tp anak sihat. Kita pun bleh fokus kerjaya dan beribadat.
Ruby recently posted…BLACKPINK 2019 World Tour In Kuala LumpurMy Profile

Reply
Nadratul Syazwana December 4, 2018 - 10:22 am

Bab kebersihan kena lebih sikit kalau ada ekzema ni. Alhamdulillah tak pernah kena lagi. Kadang kesian tengok yang kena ekzema terutaman baby. Bagus untuk amik tahu cara nak rawat ekzema 🙂
Nadratul Syazwana recently posted…Promosi “BACK TO SCHOOL” di Sunfeet dan Pemeriksaan Kaki PERCUMAMy Profile

Reply
Rawlins GLAM December 4, 2018 - 7:46 am

Nie bengkel perkongsian yang bagus untuk semua ni sebab ekzema tak mengenal usia kan. Tapi paling berbaloi adalah young parents la sebab mesti perlu lebih ilmu untuk menghadapi baby mereka kelak kan
Rawlins GLAM recently posted…Renovation Trends To ConsiderMy Profile

Reply
emi December 4, 2018 - 7:31 am

Kesian betul ekzema ni kalau kena kat baby. Baby apa sangat lah daya mereka kan. kalau kena kat kita yang dewasa ni pun dah cukup merana. Apatah lagi kena kat diorang.

Reply
Syamimi December 4, 2018 - 7:12 am

Alhamdulillah anak anak saya dijauhkan dari exzema. Tapi sepupu ramai yang anak anak mereka ada exzema.
Ada yang dah baik. Mungkin serasi dengan ubat dari doctor.
Ada yang masih perlu dirawat lagi.
Memang nampak juga la anak anak mereka mempunyai kulit yang sensitif.

Reply
Liez December 4, 2018 - 6:57 am

Kesian tgk especially baby yg ada enzema ni.. klau yang sikit- sikit xpe tapi yang jenis kronik macam kudis dekat muka, badan, tangan dan kaki tu mmg sedih bila tengok. Memang anak menahan sakit, mak ayah pulak terpaksa berjaga je untuk pastikan anak tak rasa sakit, melekit basah luka tu..

Reply
Nadia Johari December 4, 2018 - 2:14 am

Memang kesian bila tengok baby atau budak kena ekzema ni. Kalau ekzema biasa takpe, ada tu yang teruk..alahaii..bgus ada buat macam ni, ibu bapa boleh tau macam mana nak elak dan rawat ekzema ni..

Reply
LEE JIA SHIN December 4, 2018 - 1:38 am

I have eczema attacks after my pregnancy and after a year of learning how to deal with it, once it a while I still got attacks from it, causing my skin to be really sensitive and flare up. Good to know there is a talk to educate people.

Reply
Rane Chin December 3, 2018 - 11:41 pm

Nowadays eczema is so common in our babies. It’s good to have such workshop for ppl to know more about it and try to take care their eczema babies. My younger girl suffered from it before, pity her.
Rane Chin recently posted…Fast track to Free Flights with The All-New AirAsia Hong Leong Bank Credit CardMy Profile

Reply
ayu rafikah December 3, 2018 - 11:40 pm

baru dengar pasal penyakit enzema dr dr leong hari tu..mmg betul penyakit ni kena tahu a=cara rawatan yang betul..kalau tak makin melarat takpun pesakit akan mengalami kesakitan yang berterusan..plg penting kena dapatkan advise dari doktor

Reply
cindyrina December 3, 2018 - 9:57 pm

So far tak pernah ada experience macam ni lagi. Tapi tips ni memang bagus untuk pengetahuan and pengalaman baru buat saya. And I bet tak ramai orang tahu.

Reply
Zharif Azis December 3, 2018 - 9:53 pm

Sy belum jadi parents jadi sy x berapa cakna akan isu dan sakit ekzema ini pada bayi dan kanak2. Ternyata ia memang sangat biasa kena pada golongan bawah 5 tahun. Terima kasih sebab berkongsi tips dan cara utk merawat sakit ekzema nie.

Reply
Mahamahu December 3, 2018 - 9:13 pm

Kita dah tengok sendiri keadaan anak sahabat kita yang kena Ekzema betul mereka cakap rawatan perlu dari dalam dan bukan hanya sapu ubat kat luar sahaja. Tapi bagus sekarang ni dah banyak produk yang baik untuk penyakit-penyakit yang mendatang makin mencabar dan mengganas…

Reply
Faries December 3, 2018 - 8:02 pm

Selalu dengar pasal penyakit ni. Nampak macam bahaya terutama kalau kene kt baby kan. Terima kasih bang share tips ni, Nanti boleh apply kt mana2. Bnyk juga eh kaedah nk sembuh daripada penyakit ni.

Reply
Ana Suhana December 3, 2018 - 7:15 pm

Orang yang ada anak2 eczema ni memang kena betul2 tgk produk yang akan diguna. Salah guna je boleh jadikan eczema dorang bertambah teruk. Keadaan sekeliling pun sama penting kena jaga.

Reply
khai artzfar December 3, 2018 - 5:00 pm

fuhh! baru tau semua ni. thank you for sharing, lately ni kerap betul dengar masalah ekzema. dia mmg ikut musim ke macam mana? kesian buat yg terkena especially baby. semoga baik-baik sahaja buat meeka

Reply
Rabiahtun December 3, 2018 - 2:12 pm

Anak ketiga saya kena ekzema. Dua anak sebelumnya tiada. Ada pernah dengar dan baca yang ekzema, asma dan resdung saling berkait. Alhamdulillah anak saya serasi dengan bedak tanah liat putih dari Asmak. Sambil tu saya selang seli dengan minyak herba asmak atau essential oil untuk lembapkan kulit dia. Benar, pesakit ekzema ni sangat sensitif terhadap habuk dan makanan tertentu. Semoga anak saya terus sembuh dari ekzema dia. Aamiiin. Good artikel by the way 😀

Reply
Amni December 3, 2018 - 12:38 pm

Semua tips yg abg jamar share memang sangat betul dan amni sendiri dah praktikkan dekat adira.

Sangat2 membantu.Dan paling penting sebagai ibu bapa kepada anak2 ekzema,mental dan emosi kena kuat.

Jangan cepat melatah.anggap ini sbgai ujian penghapus dosa kita.Dan Allah takkan bagi ujian kalau kita x mampu.

Kalau emosi terganggu,anak dapat rasa tempiasnya.

Kena selalu happykan diri dan anak ekzema
InsyaAllah ekzema boleh sembuh.
Amni recently posted…200 Orang Pelanggan Jakel Menunaikan Umrah Secara PERCUMAMy Profile

Reply
ahmadyani December 2, 2018 - 6:43 pm

Saya masa usia belasan tahun pernah kena kudis ditangan. Hingga kudisnya membuatkan jari-jari melekat antara satu sama lain. Kena rendam dalam minyak untuk relaikannya. Doktor hanya bagi ubat telan kemudian suruh rendam dalam air suam campuran dettol. Kemudian hilang. Tak tahu hilang sebab makan ubat telan atau rendam dengan air suam dettol.

Tak tahu itu penyakit ekzema atau bukan. Doktor kata penyakit kudis je.
ahmadyani recently posted…Apa Pilihan Yang Bagus Jika Ingin Memborong Dari China?My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam