Ini kisahku

Cara Umpan Anak Untuk Mandi

‘Suruh anak mandi’ antara perkara sukar dan mencabar kepada ibu bapa. Kalau tak kena cara memujuk, pasti anak-anak akan meragam sebelum ke bilik air. Penat juga memerah idea untuk setting ‘mood’ mereka supaya rela hati dan enjoy ‘bath time’. Ada beberapa tips/cara yang aku dan isteri praktikkan supaya Dayyan & Danish tak ‘mengelat’ apabila disuruh untuk mandi.

Cara Umpan Anak Untuk Mandi

#1 MANDI BERSAMA ADIK-BERADIK LEBIH SYOK

Setiap kali waktu mandi, aku akan mengajak Dayyan & Danish untuk mandi sama-sama. Ini lebih mudah berbanding aku hanya mengajak Dayyan. Terutama waktu pagi. Ye la, kalau aku hanya mengajak Dayyan tetapi adik Danish syok menonton kartun di TV, mestilah dia akan jeles. Jadi, lebih baik aku cari masa yang sesuai dan ajak kedua-duanya sekaligus.

#2 BAWA ALAT PERMAINAN WATERPROOF BERSAMA

‘Bath time’ adalah ‘fun time’. Biasanya aku biarkan sahaja Dayyan & Danish bawa mainan mereka ke bilik air. Eh alat permainan tu biarlah yang ‘waterproof’, janganlah dibawanya remote control car atau iPad. Biarkan mereka seronok dengan mainan tersebut dan leka. Jadi lebih senang untuk aku mandikan mereka berdua.

#3 ‘WATER SHOWER’ FEFEELING AIR HUJAN

Ada anak sukakan water shower. Aku pun suka dengan shower ni masa kecil, fefeeling air hujan. Normalnya, anak kecil mana yang tidak suka main hujan kan. Ye la, nak main air hujan betul, kang demam pula. Jadi, pasangkan water shower, dan biarkan mereka berimaginasi di bawah siraman air ‘hujan’ di bilik air.

#4 BUBBLE BATH / BATH TAB AKAN BUAT ANAK EXCITED UNTUK MANDI

Untunglah kalau rumah korang ada bath tub. Aku pasti, menyuruh anak mandi lebih mudah dan seronok. Tapi takpe, ada bath tub untuk baby pun dah ok. Terutama Danish yang seronok berendam dalam tu. Nak lagi seronok, aku letak je sabun mandi yang boleh menghasilkan buih dengan lebih banyak. Eh tapi jangan la beli yang pedihkan mata tu. Beli yang kids friendly. Pasti anak-anak akan ke bilik air tanpa disuruh.

Jadi, dah dapat idea Cara Umpan Anak Untuk Mandi ? Aku sempat berfikir 4 Cara Umpan Anak Untuk Mandi untuk kali ini. Sekiranya ada ibu bapa di luar sana yang mempunyai cara lain umpan anak untuk mandi, bolehlah share di ruangan komen ye. Terika kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

17 thoughts on “Cara Umpan Anak Untuk Mandi”

  1. Haaaa…akhirnya auntie pun sampai kat blog Dayyan Harith and adik ni (auntie lupalah nama adik, asyik dok tgk abang je…hehe). Slama ni ingat JMR je nombor blakang tu dah lupa. Anyway, this is a good read. And tahniahlah ayah Dayyan sbb menulis topic yang jarang org lelaki peduli nak share. Thanks. A good read indeed.

  2. Memang time mandi ni budak-budak suka. Kalau yang sikit tu, beri main pistol air, bukan main lagi suka diaorang.

    Yang kecil-kecil, boleh main tepuk-tepuk air pun dah happy sangat…hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam