March 29, 2024

Cara Umpan Anak Untuk Mandi

‘Suruh anak mandi’ antara perkara sukar dan mencabar kepada ibu bapa. Kalau tak kena cara memujuk, pasti anak-anak akan meragam sebelum ke bilik air. Penat juga memerah idea untuk setting ‘mood’ mereka supaya rela hati dan enjoy ‘bath time’. Ada beberapa tips/cara yang aku dan isteri praktikkan supaya Dayyan & Danish tak ‘mengelat’ apabila disuruh untuk mandi.

Cara Umpan Anak Untuk Mandi

#1 MANDI BERSAMA ADIK-BERADIK LEBIH SYOK

Setiap kali waktu mandi, aku akan mengajak Dayyan & Danish untuk mandi sama-sama. Ini lebih mudah berbanding aku hanya mengajak Dayyan. Terutama waktu pagi. Ye la, kalau aku hanya mengajak Dayyan tetapi adik Danish syok menonton kartun di TV, mestilah dia akan jeles. Jadi, lebih baik aku cari masa yang sesuai dan ajak kedua-duanya sekaligus.

#2 BAWA ALAT PERMAINAN WATERPROOF BERSAMA

‘Bath time’ adalah ‘fun time’. Biasanya aku biarkan sahaja Dayyan & Danish bawa mainan mereka ke bilik air. Eh alat permainan tu biarlah yang ‘waterproof’, janganlah dibawanya remote control car atau iPad. Biarkan mereka seronok dengan mainan tersebut dan leka. Jadi lebih senang untuk aku mandikan mereka berdua.

#3 ‘WATER SHOWER’ FEFEELING AIR HUJAN

Ada anak sukakan water shower. Aku pun suka dengan shower ni masa kecil, fefeeling air hujan. Normalnya, anak kecil mana yang tidak suka main hujan kan. Ye la, nak main air hujan betul, kang demam pula. Jadi, pasangkan water shower, dan biarkan mereka berimaginasi di bawah siraman air ‘hujan’ di bilik air.

#4 BUBBLE BATH / BATH TAB AKAN BUAT ANAK EXCITED UNTUK MANDI

Untunglah kalau rumah korang ada bath tub. Aku pasti, menyuruh anak mandi lebih mudah dan seronok. Tapi takpe, ada bath tub untuk baby pun dah ok. Terutama Danish yang seronok berendam dalam tu. Nak lagi seronok, aku letak je sabun mandi yang boleh menghasilkan buih dengan lebih banyak. Eh tapi jangan la beli yang pedihkan mata tu. Beli yang kids friendly. Pasti anak-anak akan ke bilik air tanpa disuruh.

Jadi, dah dapat idea Cara Umpan Anak Untuk Mandi ? Aku sempat berfikir 4 Cara Umpan Anak Untuk Mandi untuk kali ini. Sekiranya ada ibu bapa di luar sana yang mempunyai cara lain umpan anak untuk mandi, bolehlah share di ruangan komen ye. Terika kasih!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

18 thoughts on “Cara Umpan Anak Untuk Mandi

  1. Recently anak lelaki umur 4 thn tak mau mandi.umpan la macam mana pun tak mau jugak.ajaib betul.tapi bila da masok bilik air tak mau pulak keluar.sampai banjir dapur.
    Adik perempuan pulak 2 thn, asyik minta mandi.kalau boleh setiap jam nak mandi.
    Owh im so stress…yang tak mau mandi.takut ruam dan sakit lain plak.

  2. Haaaa…akhirnya auntie pun sampai kat blog Dayyan Harith and adik ni (auntie lupalah nama adik, asyik dok tgk abang je…hehe). Slama ni ingat JMR je nombor blakang tu dah lupa. Anyway, this is a good read. And tahniahlah ayah Dayyan sbb menulis topic yang jarang org lelaki peduli nak share. Thanks. A good read indeed.

  3. Anak saya berumur 1 tahun 3 bulan, amat senang ajak mandi. Asal saja sesiapa masuk bilik air dia pun ikut nak mandi jugak.

    Tip yang bro Jamar kongsi sangat seduai untuk ajak anak mandi.

  4. Memang time mandi ni budak-budak suka. Kalau yang sikit tu, beri main pistol air, bukan main lagi suka diaorang.

    Yang kecil-kecil, boleh main tepuk-tepuk air pun dah happy sangat…hehehe

  5. Ada kanak2 sukakan air sampai bkan masa mereka mandi pun diajaknya mak ke bilik air juga nak mandi. Ada yang sebaliknya. Tapi kalau kena cara mudah sikit nak ajak mereka mandi. Nice tips.

  6. Alat permainan dan bathtub memang selalu berjaya umpan anak mandi. Kadangkala mau sejam mandi daripada asalnya tak mahu mandi langsung.

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *