March 19, 2024

Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat di Masjid Shah Alam

Alhamdulillah..peluang untuk menyaksikan sendiri barang-barang peninggalan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat merupakan satu rezeki yang bagi aku, tidak semua orang berpeluang menikmatinya. Masa satu jam aku peruntukan untuk menghayati sejarah dan kisah setiap artifak yang dipamerkan di Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat di Masjid Shah Alam .

Indah.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam.

Mungkin ada tertanya-tanya, adakah khazanah artifak yang dipamerkan di sini; asli atau replika? Mengikut wakil pihak penganjur, artifak yang dipamerkan di sini adalah asli yang dipinjamkan oleh pemegang persendirian barang peninggalan Nabi Muhammad SAW dari seluruh dunia.

Bukan kerja dan urusan mudah untuk kumpulkan semua artifak yang mempunyai nilai sejarah tinggi di satu ruang pameran sebegini tau.

Jam Matahari Mesir Kuno

Ruang pameran terletak di tingkat bawah Masjid Shah Alam ini, dibuka dari jam 9 pagi hingga 10 malam setiap hari selaam sebulan. Sebaik sahaja masuk ke ruang pameran, 1001 rasa bermain di hati dan benak fikiran. Teruja. Sebak. Gembira. Sayu.

Jutaan tahniah kepada pihak penganjur yang berjaya membawa 27 artifak untuk dipamerkan kepada pelawat. Oh ye, selain daripada artifak peninggalan Rasululullah SAW, pelawat juga berpeluang melihat artifak para sahabat,tokoh-tokoh Islam yang terdahulu dan banyak lagi.

ARTIFAK PENINGGALAN NABI MUHAMMAD SAW.

Janggut Rasulullah SAW antara artifak yang menarik perhatian aku. Beberapa detik aku merenung dalam pada setiap helaian janggut Baginda. Seakan ada satu rasa ‘rindu’ yang tidak mampu aku ungkapkan, walaupun tidak pernah bertemu dengan Baginda.

Janggut Rasulullah SAW

Rambut Rasulullah SAW ini apabila disuluh tiada bayang. Unik. Kalau tak percaya, boleh suluh dan insyaAllah tiada bayang yang sepatutnya muncul di atas kertas putih yang diletakkan di dalam bekas kaca itu.

Rambut Rasulullah SAW

Serban Rasulullah S.A.W

Di tengah ruang pameran, ditempatkan artifak Serban milik Baginda Rasulullah. Kelihatan usang tetapi keasliannya masih terpelihara.

SERBAN RASULULLAH S.A.W – Rasulullah S.A.W selesa dengan memakai penutup kepala. Baginda mempunyai serban penutup kepala dengan ciri-ciri berlainan iaitu kupiah yang diperbuat dari kulit kayu, kain dan kulit unta. Serban baginda melebihi 5 meter berwarna hitam dan hijau iaitu warna kesukaan Baginda mengikut yang terdapat koleksi-koleksi serban Baginda. Baginda mengenakan apa yang dipanggil Qalasuah (kopiah) bersama dengan Mahmah (serban).

Di satu sudut lain, ditempatkan darah bekam milik Nabi teragung. Aku perhatikan, struktur darah bekam ini kelihatan masih segar, pendek kata, seperti baru semalam diambil. Diceritakan, darah bekam ini pernah melalui ujian makmal dengan hasil yang menakjubkan. Kualiti darah yang sempurna, tiada gula dalam darah, tiada lemak atau kolesterol etc.

Darah Bekam Rasulullah SAW.

Capal Rasulullah. Cantik reka bentuk capal ini. Saiz besar bersesuaian dengan tapak kaki Rasulullah seperti yang dipamerkan di sini.

Tapak Kaki Rasulullah SAW

KAIN PENUTUP MAKAM BAGINDA RASULULLAH S.A.W – Sebahagian besar ruangan Makam Baginda tertutup dengan kain tenunan yang dibuat daripada kain sutera murni, berwarna hijau lembut dengan kain katun yang kuat, dan dimahkotai oleh sabuk yang mirip dengan penutup Ka’bah tetapi berwarna merah. Seperempat bahagian dari kain bertuliskan ayat al-Quran yang mulia dari surah Al-Fath, terbuat dari garis kapas dan benag emas&perak.

Kunci Makam Rasulullah S.A.W

Busur Rasulullah SAW. Busur ini bukan untuk memanah pihak musuh tetapi busur yang digunakan untuk istiadat pelepasan perang dan mempunyai 5 mata anak panah yang telah digunakan untuk 3 peperangan.

Pertama kali tahu pasal ini? Samalah kita. Kalau tak datang ke Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat ini, aku pun tak tahu..hehe

2 Mata Anak Panah Busur Rasulullah SAW

Artifak Saidina Hassan & Saidina Hussain

Artifak Saidina Hassan & Saidina Hussain R.A
Kunci Makam Ashabul Kahfi
Rampasan Perang
PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH
BATU MASJID QUBA’

AL QURAN BERTATAH EMAS

Al-Quran Bertatah Emas ini mengandungi tiga naskah lengkap. Satu berada di Muzium Turkey, Uzbalkistan dan juga berada di Pakistan seperti di pameran ini.

Kiswah.
Batu Dinding Kaabah

Ini hanyalah sebahagian daripada artifak asli yang terdapat di pameran ini. Banyak lagi peninggalan-peninggalan Rasulullah SAW dan para sahabat berserta kisah-kisah yang menarik dan bernilai tinggi yang korang boleh tengok dengan mata jiwa sendiri. Yang penting, kena datang sendiri ke sini 🙂

Pameran Artifak Rasulullah SAW
Bersama barisan wakil penganjur dan Fatiya Latif yang turut berkunjung ke Pameran Artifak Rasulullah ini.

Pameran sebegini bukan takat BEST! tetapi juga penuh dengan ilmu dan kisah yang patut diketahui oleh setiap Muslim dan juga bukan Muslim..pameran ini bukan kisah biasa biasa, ianya kisah seorang umat manusia yang mulia di sisi Allah SWT.

InsyaAllah dengan harga tiket dikenakan, ilmu yang korang dapat jauh lebih berbaloi dengan nilai yang dibayar..apa lagi, aku menyeru ajak sanak saudara dan juga rakan taulan singgah di pameran artifak Rasulullah ini.

Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat R.A diadakan selama sebulan di Masjid Shah Alam, Selangor.

Tarikh : 10 Julai – 9 Ogos 2017
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Harga Tiket adalah seperti di bawah:

* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang
* Kanak Kanak 6 tahun keatas – RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun – Percuma

Website : http://tamadunislam.com
Fanpage : https://www.facebook.com/pameranartifak
Instagram : https://www.instagram.com/pameranartifak
Twitter : https://twitter.com/PameranArtifak

Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW, dari UmatMu yang banyak berdosa. Semoga Allah mengampuni segala dosa kami…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat di Masjid Shah Alam

  1. As salam. Mohon share & syukran info yang sangat menarik untuk dibaca. Banyak sangat dpt maklumat. Alhamdulillah. Syukran jazilan.

  2. Teringinnya nak pergi. Hope dapat pergi kat sini nanti. Nak melihat artifak Rasulullah kita semua. Mesti sebak sangat, tengok melalui gambar pun dah rasa sebak.

  3. Menarik…
    Alhamdulillah… Saya dah pergi hari tu bersama isteri dan anak-anak semasa di Muzeum Kedah…
    Kebetulan ada program dekat Jitra Kedah masa tu… Terus singgah sekali…

  4. Alhamdulilah selawat ke atas nabi
    Syukur diberi peluang dapat melihat secara dekat kan
    Iols dulu pun sempat gak tengok masa buat pameran di kedah aritu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *