Home Ini kisahku Sepetang Bersama Blogger 2017 #SBB2017

Sepetang Bersama Blogger 2017 #SBB2017

by JMR
9 comments

Sepetang Bersama Blogger 2017 yang dikatakan edisi terakhir, telah diadakan dengan jayanya di MaTic Kuala Lumpur pada 1 Mei 17 yang lepas. Dah sebulan berlalu, mungkin masih ada yang tersenyum-senyum mengingatkan kenangan manis pada hari itu, atau mungkin sudah ada yang terlupa. Aku? of koz lah masih ingat, tu pasal baru nak update tentang #SBB2017 hari ini..:-p

Program bermula jam 2 petang dan semestinya aku sampai jam 1.59 petang..sampai je kat meja pendaftaran, blogger-blogger hebat tanah air dah pun mula gila bergambar & berselfie. Kali ini, Sepetang Bersama Blogger diadakan untuk dua sesi, sesi petang & sesi malam.

Sesi petang dikhaskan untuk perkongsian dari speaker-speaker hebat seperti;

  1. Mahadir Mohamed Ariffin (Food Blogger)
  2. Cik Lily Putih (Lifestyle Blogger)
  3. Norman Danish (Misi Viral)
  4. Datuk Ibu Hanim (Leadership Trainer)
  5. Wan Yusof (SEO Strategist & Content Marketer)

Tengok senarai speaker pun dah boleh tahu betapa banyaknya ilmu yang dapat disedut oleh para blogger pada edisi SBB2017 kali ini.

DCIM101GOPROGOPR2260.JPG

Program dimulai dengan sesi Mini Forum oleh Tuan Mahamahu dan Puan Cik Liy, manakala moderatornya adalah Tuan Denaihati;

Secara peribadi, aku bersetuju dengan semua isi perkongsian daripada Mahamahu & Cik Lily. Etika sebagai seorang blogger seperti penampilan semasa menghadiri event memang ramai blogger terlepas pandang. Secara logiknya, walaupun korang tu seorang blogger, takkan datang satu satu majlis dengan hanya berselipar? Selain itu, isu bayaran sentiasa menjadi isu yang tak setel setel lagi dari dulu hingga hari in. Berapakah bayaran yang sepatutnya diterima oleh blogger untuk tugasan-tugasan tertentu? Yang boleh aku rumuskan, terpulang kepada individu (blogger) untuk meletakkan harga yang bersesuaian.

Seterusnya, sesi bersama Tuan Norman Danish, kapten Misi Viral yang sentiasa mendapat perhatian ramai.

Bagaimana memaksimumkan penggunaan Facebook & Personal Branding menjadi topik utama Tuan Norman. Tapi yang paling aku suka dan ingat ialah, bagaimana cara yang betul semasa menghulurkan kad nama kepada seseorang.

Serius, ini ilmu yang baru aku tahu. Pastikan semasa hulur kad nama, side utama yang ada nama korang perlu face up supaya si penerima tak tercari-cari siapa korang sebenarnya.

Sesi bersama Ibu Dato Hanim juga tidak kurang padat dengan ilmu-ilmu baru. Analisa dan kajian mengenai sifat dan sikap Gen X,Y dan Z memang menarik perhatian aku. Dan aku akui, memang tepat berdasarkan pengalaman aku sebagai seorang pekerja dan yang bekerja.

Sesi petang SBB2017 diakhiri dengan perkongsian daripada Pakar SEO dan Content Marketer oleh Tuan Wan Yusof yang didatangkan khas dari Kelantan. Topik ni aku kira paling penting bagi blogger untuk go further. Ramai yang fokus dan terlalu fokus hingga terlelap. Mungkin bahasa yang digunakan oleh Tuan speaker terlalu teknikal dan tinggi.:-)

Sesi petang berakhir agak lewat. Tak kisah sangat sebab ilmu yang diperolehi hari ini memang best. Rugi sapa tak datang!

Sesi malam SBB2017 atau Gala Dinner & Award Night diadakan di Saloma Bistro dengan tema ‘ko melaram habis-habisan ibarat ini malam kahwin ko.’ Meriah. Majoriti dress-up cun cun, kecuali aku. hahah..Baju untuk sesi malam ada bawa, tapi malas nak salin. Lagi pun baju sesi petang dengan jelas tertera nombor 23 masih elok lagi..haha..sembur perfurm, setel.

Arrangement untuk seat ditentukan oleh pihak penganjur. Aku tak kisah sangat pun sebab aku tak join mana-mana group. Itu yang best. Bila tengok senarai table, baru aku tahu aku ditempatkan dengan rakan-rakan blogger yang dah aku kenal dan juga belum lagi aku kenal.

Malangnya, ada yang tak hadir atau mungkin beralih ke meja yang lain. Secara jujurnya, rakan blogger di meja aku memang havoc! Penat gak asyik dok gelak dengan telatah mak dara dan anak dara kat bawah ni..

Meriah meja aku. Ada 4 dara & mak dara yang menemani aku. Dari kiri aku, Mak Dara , Kak Rokiah, Deqnoor & err..aku lupa la plak nama si gadis ayu ni..

Rasa dan kualiti makanan di Saloma Bistro memang tak boleh dinafikan lagi. Bukan aku je yang bersetuju dengan kualiti makanan di sini, majoriti rakan blogger bertambah-tambah makan. ;-p Sambil makan, sambil wajah gembira penerima-penerima award pada malam itu.

Bersama geng-geng Projek Blogger Utama diterajui Encik Boss & dayang-dayangnya.

Kalau tanya aku berbaloi ke tak join Sepetang Bersama Blogger 2017, pasti jawapan aku sangat berbaloi. Bukan disebabkan makanan sedap tetapi nilai yang korang dapat untuk 1 hari bersama rakan-rakan blogger dan speaker hebat memang sangat tinggi. Aku gerenti korang takkan dapat di mana-mana event.

Dan aku berharap, edisi Sepetang Bersama Blogger 2018 akan diteruskan.

done.

 

Selamat berpuasa!

9 comments

Mama Hakim June 20, 2017 - 9:23 am

Bahasa yang bagus sememangnya perlu sesuai denga pendengar

Kena banyak guna layman term

Kalau tidak memang terlelap lah jadinya
Mama Hakim recently posted…Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari KlangMy Profile

Reply
Mazni Azmi June 19, 2017 - 5:22 pm

Boleh buat tiap tahun lagi lepas ni

Tak yah lah berhenti
Mazni Azmi recently posted…Diet Untuk Ibu Mengandung Kencing Manis. Sedap & Gula Terkawal!My Profile

Reply
Anuar June 19, 2017 - 4:41 pm

Bestnya dapat peluang pergi ke SBB2017… 😉
Anuar recently posted…Kod Kupon Ramadhan Untuk Ebook Strategi #Meroket JualanMy Profile

Reply
RAIHANAH AHMAD June 18, 2017 - 7:18 am

wah memang meriah betul
RAIHANAH AHMAD recently posted…Ketua Saintis Shaklee Menjawab Salah Faham Tentang Landmark StudyMy Profile

Reply
titan June 17, 2017 - 6:58 pm

pehh..

rajin betul hang cerita walaupun dah lama berlalu.
titan recently posted…Henry.My Profile

Reply
JMR June 19, 2017 - 2:01 pm

haha..barulah rare. org dah mula lupakan sbb2017, aku baru nak up..haha

Reply
ahmadyani June 17, 2017 - 4:26 am

Apa maksud edisi terakhir ya?
ahmadyani recently posted…Menguasai Teknik Pemasaran Menggunakan FanpageMy Profile

Reply
mrhanafi June 16, 2017 - 4:57 pm

no 23 terpampang jelas…cuma kalau ada nampak JMR23 lagi best ..

apa-apapun apabila blogger bertemu blogger …

tentu topik hampir sama..

cerita tentang blog,blogger dan blogging..
mrhanafi recently posted…Baju Raya Terakhir Buat AbeeMy Profile

Reply
el June 16, 2017 - 4:10 pm

event sbb mmg berbaloi
dah 2x join..best sgt
dpt jumpa blogger beramah mesra sambil menimba ilmu

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam