March 19, 2024

SHELL OUT KAPAL PECAH || Menu Sedap di Restoran Rahsia Selera Pantai Timur Nasi Hungga

‘Shell Out’ atau lambakan makanan laut yang dimasak pelbagai rasa dan dihidangkan atas meja tanpa pinggan pernah menjadi fenomena sewaktu awal kemunculannya. Banyak restoran menawarkan menu ‘Shell Out’ ini sebagai menu tarikan ke restoran mereka. Tetapi tidak banyak restoran yang menawarkan ‘Shell Out’ sedap dengan harga yang sangat berpatutan. Eh, ada ke restoran yang menawarkan menu ‘Shell Out’ sedap dengan harga yang rendah? Ada!!! Krang boleh mencuba menu Shell Out Kapal Pecah di Restoran Rahsia Selera Pantai Timur Nasi Hungga di Subang 2 dengan harga yang sangat murahhhhhh..

Berapa murah Shell Out di Restoran Rahsia Selera Pantai Timur Nasi Hungga?

Air Hungga. Jangan tanya aku kenapa dinamakan sebegitu. Yang penting, rasa dia sedap, rasa dia unik. Dari pemerhatian mata dan rasa di lidah aku, air istimewa ini adalah campuran asam boi, lemon, laici, serai, epal hijau dan soda. Penuh dengan kasih sayang…

MENU SEDAP SELERA PANTAI TIMUR

Restoran ini terletak di Subang 2, bertentangan dengan Star Avenue atau lebih tepat lagi, bersebelahan dengan kedai aksesori kereta tersohor, Brothers dan juga pasaraya Super 7. Menawarkan menu masakan Pantai Timur seperti pulut ikan kering, laksam, nasi kerabu, nasi dagang, nasi tumpang, nasi lemak ayam berempah dan bermacam-macam lagi. Menariknyanya di sini, menu Nasi Hungga dan Air Hungga dengan resipi istimewa, disediakan khas untuk pelanggan Restoran Rahsia Selera Pantai Timur Nasi Hungga. Konfem tak jumpa di tempat lain.

Minggu lepas, aku dan rakan-rakan berpeluang mencuba menu terbaru yang ditawarkan di Restoran Rahsia Selera Timur Nasi Hungga –SHELL OUT KAPAL PECAH.

.. macam biasa dengar kan? Ya, macam biasa tapi ini LUAR BIASA!

Bayangkan, core menu di restoran selera Pantai Timur seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan Nasi Minyak, tetiba ada menu SEAFOOD BERSEPAH ATAS MEJA ditawarkan. Aku pasti bukan aku sahaja yang tertanya-tanya rasa menu ini..pasti peminat masakan Pantai Timur lain juga ingin mencubanya..

SHELL OUT MURAH SUBANG DI RESTORAN NASI HUNGGA.

Agak-agak boleh jumpa tak Shell Out murah dan sedap dengan harga RM29.90 untuk 2 orang kat tempat lain? Paling tidau pun, sekali makan pasti hampir mencecah RM100 untuk dua orang makan. Setakat yang aku tahu, hanya restoran ini sahaja yang menawarkan pakej Shell Out dengan harga paling murah. Sedap ke idok? Let’s makan…!

Di sini, makanan laut dimasak dan dihidang panas panas mengikut pesanan pelanggan. Sedikit masa menunggu diperlukan untuk menjamin makanan laut ini dimasak sempurna.

Shell Out Kapal Pecah di restoran ini dimasak mengikut resipi yang telah ditetapkan seperti Lala/Kepah masak buttermilk, ketam masak cili, sotong masak merah, udang sweet sour, brokoli, karot dan jagung. Aroma wangi dan ‘manis’ daripada makanan laut segar ini memang buat aku tak tahan untuk segera menjamah sebaik sahaja dihidang atas meja.

Jangan terkejut, pinggan memang tidak disediakan..makanan laut akan dilambak begitu sahaja dan nasi akan ditekup di sebelah makanan laut tu..ala ala makan dalam talam la pulak…apa barang makan dengan sudu, makan menggunakan tangan adalah metod terbaik untuk menikmati shell out sedap ini.

KEUNIKAN SHELL OUT KAPAL PECAH.

Lala/Kepah buttermilk ni sangat ‘win’ rasa dia. Satu per satu masuk ke mulut aku, diselang-seli dengan isi ketam manis masak cili tu. Fuhh..rasa segar ketam, lala, sotong, udang ni memang menambahkan selera makan. Peminat makanan laut seperti aku ini memang akan tahu tahap kesegaran ketam/udang/sotong/lala ni. Kalau tak segar, memang takkan ada rasa manis dalam isi makanan laut. Cuma, jagung tu, kalau ada rasa lemak-lemak manis, mesti lagi sedap.

Keunikan Shell Out Kapal Pecah ini makin terserlah apabila setiap masakan (masak cili+buttermilk+masak merah+sweet sour) tu dicampur dan digaul bersama. Series, memang lainlah. Ada orang tidak suka masakan ini dicampur bersama, tetapi bagi aku, itu cara terbaik untuk menikmati menu Shell Out.

Menu Siakap Stim juga antara keunikan pakej Shell Out di restoran ini. Tidak pernah aku lagi aku jumpa pakej Shell Out di tempat lain yang menyediakan menu siakap stim. Pucuk dicita, ulam mendatang, ni memang menu kegemaran aku sebab ada bawang jeruk. Ikan segar, isi lembut, rasa masam masam lemon, bawangp putih dan halia meresap ke isi ikan. Rasa siakap stim bersama bawang jeruk memang tak sama dengan siakap stim biasa tu. Makinlah aku berselera makan dengan nasi panas yang terhidang.

Aku dah mencuba menu Shell Out Kapal Pecah di Restoran Rahsia Selera Pantai Timur Nasi Hungga, Subang. Puas hati. Harga murah dan kualiti rasa memang sedap. Oh ye jangan lupa pesan minuman istimewa di sini- Air Hungga ok.

InsyaAllah aku akan repeat lagi datang ke sini bersama famili lak.

Rasanya, korang dah boleh book untuk berbuka puasa di sini nanti. Terutamanya korang yang stay di area Subang, Shah Alam dan juga Kota Damansara. Mesti syok dapat berbuka puasa ramai-ramai di sini sambil menikmati keenakan makanan laut segar. Nyummy!

*lap air liur..

Facebook : Restoran Rahsia Selera Pantai Timur Nasi Hungga

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

11 thoughts on “SHELL OUT KAPAL PECAH || Menu Sedap di Restoran Rahsia Selera Pantai Timur Nasi Hungga

  1. Kalau dah nama kapal karam memang tak sah la dengan seafoodnya

    Shell out ni dah macam makan cara sunnah juga. Dulu orang makan satu dulang sama sama

    Mazni dah kahwin dengan orang jawa ni, nampak budaya makan dulang tu ada lagi

    Satu kampung makan masa kenduri dalam dulang besar

    Nasi ambeng memang sedap. Serunding kelapa dia tu memang ummph

  2. okeh.

    nampak sedap sebab ko pandai ambil gambar.

    takpe. 5 jam lagi nak berbuka.

    aku boleh sabar lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *